Jadikan Malaysia Negara CEMERLANG:
Yakin “Apa yang Kita Ada Cukup” untuk
bawa kita pergi jauh, sangat jauh!
Sewaktu
Krismas kami sarankan anda untuk bervisi tinggi dan jauh tetapi berusaha
sedikit demi sedikit untuk berjaya. Harus ambil tindakan sekarang tetapi dalam
jangkauan kebolehan dan kemampuan kita. Hari ini ayuh kita bincang tentang anjakan minda yang diperlukan untuk bertindak
supaya impian boleh menjadi kenyataan.
1. Makna
“Apa yang Kita Ada Cukup”.
Ia ialah akidah yang menegaskan bahawa kita ada cukup peluang untuk maju ke
hadapan dengan apa yang kita sedia miliki walaupun
mungkin nampak tak seberapa. Prinsip ini berteraskan kepercayaan bahawa
Tuhan yang Maha Pengasih dalam perancanganNya akan pastikan setiap hambaNya tak
kira pangkat, masa atau lokasi, buta atau celik, tinggi atau rendah, kaya atau
miskin memperoleh rahmatNya pada bila-bila masa, setiap hari. Inilah sifat
bersyukur.
2. Kenapa
kita mesti percaya dengan konsep ini?
Kalau kita tak percaya “Apa yang Kita Ada
Cukup”, kita tak akan dapat bertindak! Kita akan tunggu dan bertangguh. Kita
merungut. Kita salahkan orang lain. Kita salahkan situasi. Kita jadi lumpuh.
Mereka yang pegang konsep ini boleh bertindak sekarang walaupun apa yang
ada di tangan hanya sedikit. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Anak penarik
beca boleh jadi doktor bedah. Orang yang bermula kosong mampu bina empayar
perniagaan. Orang biasa yang tertindas boleh jadi pemerintah.
3. Apa
jadi apabila kita mula percaya?
Kita akan lalui satu anjakan minda – satu-satunya perubahan
yang boleh menjayakan keseluruhan aspek kehidupan dan mengubah hidup kita dalam
jangka waktu yang singkat. Kita jadi cergas – boleh bersenam bila-bila masa, di
mana saja kerana kita dikurniakan “kelengkapan” gim yang terbaik iaitu anggota
badan kita. Kita maju dalam dunia korporat kerana kita pandai gunakan sedikit
pengaruh yang ada pada kita untuk membawa kejayaan kepada syarikat dan diri
sendiri. Pondok pun boleh dijadikan sekolah. Walaupun rumah kita kecil, kita
bahagia - rumahku syurgaku. Impian boleh jadi kenyataan.
Di zubedy, sumber kekuatan program
latihan kami ialah nilai-nilai murni dan tradisi yang dikongsi bersama. Kami
percaya dalam hati rakyat Malaysia, kita mahukan yang terbaik untuk setiap
anak-anak Malaysia kerana negara kita tidak akan berjaya jika ada yang tertinggal.
Mari buat
anjakan minda dan percaya dengan konsep “Apa yang Kita Ada Cukup” dan jadikan Malaysia Negara CEMERLANG.
Usahakan
yang terbaik,
Salam
Tahun Baru Cina.
Idea dalam mesej ini adalah sebahagian
daripada konsep teras program Making A Difference through P3 (Laksana Perubahan
melalui P3) kami.