Tuesday, July 10, 2018

OPENING UP MARA/UITM AND SINGLE STREAM SCHOOL SYSTEM

In 1996, when I was 32 years of age, The STAR interviewed me for the first time. At the time I suggested that it is wiser to open the MARA colleges and ITM (now UITM) for non-bumis and having a single stream school system. My stand is still the same today. 

Here are some of the points suggested. 

1. Placed in a global situation, we should fare better than homogenous societies for we have the experience of working with varieties kinds of people.

2. We must see multi-racial Malaysia as an opportunity for creating universally-oriented men and women who would, one day, take centre-stage in leading the world.

3. But in order to achieve this kind of unity, Malaysians must first understand and accept two things: First, we have to understand and appreciate the fact that the Malays gave away what they called “The Malay Land’ (Tanah Melayu) and shared it with other ethnic groups like the Chinese and Indians, so much so that they have created a new entity called Malaysia. The Malays became a community within a community.

4. Secondly, since 1957, the non-Bumis have accepted and made this country their country. So, from now onwards, whether we like it or not, a new race called Bangsa Malaysia has come into being.

5. Efforts in building unity must start at the earliest age possible. Parents must ensure that their own personal biases are not filtered down to their children.

6. The school too plays a vital role in uniting all Malaysians. In the long run, it would be wiser and more beneficial to open all boarding schools like Mara, ITM, and Maktab Sains to all races. (One of the most important part in education is socialization)

7. The current national school system integrates the Chinese, Tamil and Arab schools under one roof. The ideal situation would be if the national school caters to those who desire to learn their mother tongue. It would be even better if we make it compulsory for all Malaysians to learn a language other than English and their mother tongue

8. For example, a Malay student should learn either Mandarin or Tamil as a second language. I think the Malays are presently on the losing end. The Chinese or Indians know at least three languages, but most Malays know only two.

9. Barisan Nasional’s efforts toward creating a single multi-racial party should be our next step. I believe most Malaysians would find it attractive if there is a direct membership to BN without having to go through UMNO, MIC or MCA. Perhaps after Wawasan 2020, Umno can stand for United Malaysian National Organisation.

10. At the end of the day, the move towards national unity should come from within each and every one of us. Every individual in this country must be aware that he or she plays a vital role. We should not unite due to political or economics reasons but because we truly desire to be one nation.
11. The Muslims must also remember that the Al-Quran preaches ummah wahidah, the concept is led by Muslims, this would be a great opportunity for them to practise this concept

Peace, anas

Thursday, July 5, 2018

MENGAPA KITA PERLU MENGKAJI KEMBALI KONTRAK SOSIAL?

Adakah kita mempunyai kontrak sosial?

Terdapat dua perkara yang dapat kita bincangkan dalam  kontrak sosial ini iaitu kontrak sosial secara bertulis dan kontrak sosial secara tidak bertulis ; Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara.

Berlaku perdebatan beberapa tahun kebelakangan ini mengenai kefahaman tidak bertulis iaitu kontrak sosial secara lisan di antara ketua masyarakat masa lalu. Pada pendapat saya, daripada memperdebat dan membuat spekulasi sama ada wujudnya kontrak tidak bertulis atau tidak, adalah lebih baik kita berunding dan bersetuju dengan satu kontrak sosial yang sedia ada iaitu berdasarkan Perlembagaan.

Mengapa  kontrak sosial ini penting untuk di bincangkan?

Keseluruhan perjanjian ini perlu dilihat dari semasa ke semasa- biarpun kita berurusan dengan polisi insurans, kita perlu menilai dari satu masa ke satu masa dan melihat apa yang perlu dikaji semula berdasarkan isu semasa. Sebagai masyarakat Malaysia, kita perlu membentuk kefahaman terhadap beberapa prinsip asas. Namun demikian, isu kontrak sosial ini sering diutarakan dan mendapat perhatian daripada parti politik sahaja. Oleh demikian, adalah lebih baik jika di masa hadapan, masyarakat awam dapat menyertai perbincangan mengenai prinsip ini dan sama-sama bersetuju dalam satu-satu perkara.

Walau apapun kontrak sosial yang mahu kita bentuk, adalah penting  kita fikirkan sebaik mungkin. Faktor penting yang perlu kita tekankan, apabila memikirkan tentang kontrak sosial ini ialah kita perlu mengambil kira konteks sejarah, kaitan masa lalu, masa kini dan masa hadapan.

Bagaimana kontrak sosial ini sewajarnya digubal?

Pertama sekali, kontrak sosial seharusnya digubal berdasarkan 3 perkara asas ini-Nilai yang dapat dikongsi bersama, Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Menggubal kontrak sosial bukanlah satu tugas yang mudah kerana terdapat pelbagai faktor yang perlu diteliti terlebih dahulu. Ia perlu memenuhi keperluan komuniti yang berbeza, mengambil kira faktor kaum, agama, latar belakang ekonomi ; masa lalu, kini dan keadaan masa hadapan. Apa yang penting untuk kita fahami, kontrak sosial adalah  dokumen yang dinamik; ia bukan digubal secara sambil lewa. Ia seharusnya berasas dan pragmatik. Ia mesti digubal melalui rangka kerja sejarah, memenuhi situasi semasa dan meramalkan apa yang perlu pada masa hadapan.

Apa yang anda fikir perlu dimasukkan dalam kontrak sosial kita?

Satu kompenen penting dalam kontrak sosial ialah mengandungi nilai-nilai bersama. Terdapat beberapa perkara penting yang saya lihat perlu difahami dengan lebih  jelas di antara kita sebagai rakyat Malaysia dan berjaya menambah nilai kepada semua dan bertindak sebagai satu.


Ini terdapat beberapa syarat yang boleh kita persetujui :

1) Kita akan memastikan tiada individu atau masyarakat yang tertinggal ke belakang tanpa mengira kaum,agama, latar belakang atau asal usul;

2) Kita akan berusaha ke arah sifar kemiskinan. Kita akan menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa adalah penting mempunyai rumah dan kehidupan yang lebih baik daripada bangunan pencakar langit dan monumen seni di negara kita.

3) Kita akan memastikan kanak-kanak di Malaysia mendapat pendidikan kelas pertama dan setiap kanak-kanak menerima sokongan untuk mencapai potensi maksimum mereka baik lelaki mahupun perempuan. 

4) Kita akan menyediakan penjagaan kesihatan yang mencukupi kepada semua;

5) Kita akan mempraktikkan pembangunan mampan dan menolak rasuah;

6) Kita akan membantu satu sama lain dalam bisnes dan berkongsi pengetahuan dan kemahiran daripada satu masyarakat kepada masyarakat yang lain ;

7) Kita akan mengambil kira Perlembagaan secara keseluruhan dan bukan mengambil serta memilih sesetengah klausa yang lari dari konteks bagi memenuhi hujahan sahaja;

 8) Kita belajar dan menghargai agama kita, dalam masa yang sama mengetahui dan memahami agama yang di amalkan oleh rakan-rakan Malaysia yang lain.

9) Kita menerima asal usul negara kita. Kita mengakui bahawa adat Melayu, dan bumiputera Sabah dan Sarawak sebagai budaya Malaysia serta kaum Cina, India dan lain-lain adalah sebahagian penting dalam integrasi untuk membentuk identiti nasional.

10) Kita tidak akan mengajar anak-anak tentang pandangan yang boleh memecah belahkan sama ada di rumah atau di sekolah dan memisahkan mereka di usia muda;

11) Kita akan meletakkan prinsip pengecualian terhadap pandangan yang berat sebelah. Kita akan melihat salah adalah salah, betul adalah betul tidak kira siapa yang melakukannya;

12) Kita melayan pekerja asing dan mereka yang berkhidmat kepada negara secara sama rata, hormat dan bermaruah.

13) Kita akan melakukan perkara yang sama kepada saudara-saudara kita dalam negara ini , seperti mana kita mahu mereka melakukan perkara sama ke atas kita.;

14) Kita belajar menerima perbezaan kaum dan bertindak sebagai satu bangsa. Kita menggelarkan diri sebagai Bangsa Malaysia.