Thursday, June 18, 2015

Kempen Mari Membaca Quran (LRTQ)




Pada tahun 2009, saya bersama beberapa rakan saya telah melancarkan sebuah kempen untuk menggalakkan orang ramai untuk membaca Al-Quran dalam bahasa yang dikenali iaitu Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

Saya merasakan bahawa bulan Ramadhan 2015 merupakan waktu yang terbaik untuk mengadakan kempen ini lagi.

Jika anda berminat, sila hubungi saya melalui Facebook atau emel saya di anas@zubedy.com

Seperti kempen yang lalu, kempen ini bukan sahaja untuk golongan Muslim tetapi juga untuk saudara dan saudari yang beragama Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan sesiapa sahaja yang mempercayai adanya Tuhan tetapi tidak mengikuti apa-apa agama. Idea kempen ini adalah untuk berkongsi idea. Malah, si ateis juga boleh menyertai– asalkan kita ada niat yang baik dan ingin mencari kebenaran dengan ikhlas. Matlamat kempen ini adalah menggalakkan orang ramai untuk membaca Al-Quran dalam bahasa yang difahami dan mendapat nilai yang sama dalam kehidupan seharian kita.

Objektif?
- Baca dan fahami Al-Quran dalam bahasa yang kita fahami.

Bila?
- Ramadhan hingga Aidilfitri 2015 (18 Jun hingga 17 Julai 2015)

Di mana?
- Facebook, Twitter, Instagram, Blog, Artikel, dll. Sila guna hashtag #LRTQ2015 di Facebook, Twitter dan Instagram.

Siapa?
- Sesiapa sahaja yang mempunyai niat yang positif – lebih ramai orang, lebih baik!

Bagaimana?
- Baca Al-Quran dalam bahasa yang anda fahami – daripada buku, internet, dll.

- Tulis, pos atau kongsi ayat-ayat Al-Quran atau artikel pendek berdasarkan teks Al-Quran – sama ada artikel anda sendiri atau artikel yang anda baca.


- Bertanya soalan mengenai mesej Al-Quran, memikir, muhasabah diri dan mencadangkan idea-idea dan perasaan anda.

Salam dan terima kasih,

Anas Zubedy

No comments:

Post a Comment