Tuesday, August 25, 2015

Raikan Kepelbagaian, Pupuk Keadilan Melalui Kesederhanaan - BERNAMA

PETALING JAYA, 25 Ogos (Bernama) -- Kesederhanaan adalah satu-stunya cara untuk meraikan kepelbagaian dan memupuk keadilan di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.

"Jika kita impikan masa depan yang harmoni dan aman, ia hanya boleh dicapai melalui sikap sederhana. Kita perlu mempunyai toleransi sifar terhadap ketaksuban agama dan faham pelampau," katanya.

Ketika melancarkan kempen #'SaySomethingNice' di INTI International College di sini hari ini, Kurup berkata kesederhanaan, dalam erti kata sebenarnya, boleh mewujudkan platform untuk manusia membina keyakinan teguh terhadap rukun agama mereka serta untuk menjalani kehidupan dengan cara yang benar-benar aman dan harmoni bersama orang lain.

Kempen anjuran Zubedy (M) Sdn Bhd itu bertujuan memanfaatkan tempoh antara 31 Ogos (Hari Kebangsaan) hingga 16 Sept (Hari Malaysia) sebagai waktu "keamanan dan kepositifan".

Dalam tempoh kempen itu, rakyat Malaysia akan digalak mempamerkan semua yang terbaik tentang Malaysia melalui medium pilihan masing-masing, kata pengarah urusan Zubedy, Anas Zubedy.

No comments:

Post a Comment