Wednesday, February 24, 2016

Kempen Let's Read The Quran (LRTQ) 2016




Kempen “Let’s Read The Quran (LRTQ) 2016”
Dari 1 Mac hingga 31 Mac 2016

Versi Bahasa Inggeris

LATARBELAKANG

Kempen Let’s Read The Quran telah dimulakan pada tahun 2009 oleh sekumpulan rakan. Ketika kempen itu dijalankan, kami telah menerima pelbagai tarikan dan penyertaan di mana lebih daripada 50 penulis blog telah menggunakan logo dan artikel-artikel kami.

Kempen ini adalah untuk menggalakkan orang ramai untuk membaca Al-Quran di dalam bahasa yang difahami. Ia bukanlah terhad kepada orang Islam sahaja. Kami menggalakkan sesiapa sahaja untuk menyertai kempen ini.

Pada 2016, kami ingin meluaskan lagi kempen ini. Kami telah menyenaraikan pelbagai aktiviti untuk menarik minat orang ramai untuk membaca Al-Quran. Walaupun ia berpusat di Malaysia, kami merancang untuk meluaskan kempen ini di peringkat antarabangsa.

Visi kami adalah untuk membuat kempen ini sebagai kempen tahunan dan akan membuat orang Islam dan orang lain untuk membaca dan memahami Al-Quran.

Walaupun rakyat Malaysia sentiasa menganjurkan pertandingan Tilawah Al-Quran, kami berharap Malaysia akan menjadi ketua dalam menggalakkan seluruh dunia untuk memahami dan menghayati Al-Quran juga.

VISI

Untuk menggalakan  orang ramai membaca dan memahami Al-Quran

MISI / KENAPA?
1.    Untuk mendemokrasikan Al-Quran
2.    Untuk menggalakkan orang yang beragama Islam mempelajari Al-Quran
3.  Untuk menggalakkan orang yang bukan beragama Islam untuk melihat Al-Quran sebagai sebuah buku yang universal
4.   Untuk menggalakkan orang yang beragama Islam menerapkan nilai-nilai yang terkandung di dalam Al-Quran dalam kehidupan seharian mereka
5.   Untuk menggalakkan orang ramai untuk membaca Al-Quran setiap hari, walaupun satu ayat setiap hari
6.  Untuk mengajak orang yang bukan beragama Islam untuk menyertai orang Islam berbincang tentang Al-Quran.


BILAKAH KEMPEN INI AKAN BERMULA DAN BERAKHIR?

1 Mac 2016 – 31 Mac 2016

SIAPAKAH YANG TELAH MERASMIKAN MAJLIS INI?

YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad

BAGAIMANA?
Berikut adalah beberapa aktiviti yang akan dijalankan ketika kempen ini:
1.    Melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, dll
2.    Perkongsian artikel melalui blog
3.    31 poster daripada 31 individu yang terkenal seperti ahli politik, aktivis sosial, selebriti, atlet, ketua perniagaan dan ketua agama, termasuk orang yang bukan beragama Islam
4.    “Sedekah” ayat Al-Quran melalui Whatsapp dan media sosial
5.    Menggalakkan semua orang untuk berkongsi ayat Al-Quran kegemaran mereka

Berikut adalah beberapa aktiviti sokongan ketika kempen ini:
1.    Memuatnaikkan poster bersama ayat Al-Quran di media sosial
2.    Berkongsi Indeks Al-Quran bersama keluarga dan rakan-rakan
3.    Memuatnaikkan maksud ayat Al-Quran di Facebook
4.    Berbincang mengenai Al-Quran melalui kumpulan perbincangan
5.    Membuat forum atas talian untuk berbincang mengenai Al-Quran
6.    Mencetak kad ayat Al-Quran yang berwarna-warni
7.    Mencipta penanda buku ayat Al-Quran
8.    Memasukkan satu ayat Al-Quran setiap hari di media sosial
9.    Memasukkan gambar di Instagram bersama ayat Al-Quran dan penghuraiannya
10. Menulis, memasukkan dan berkongsi ayat-ayat Al-Quran atau artikel-artikel yang pendek; artikel yang asal dan artikel yang telah dibaca
11. Bertanya soalan mengenai mesej-mesej yang terkandung di dalam Al-Quran, berfikir secara mendalam dan menyuarakan fikiran dan perasaan anda
12. Berbincang mengenai Al-Quran bersama rakan-rakan dan kenalan melalui kumpulan perbincangan
13. Mencipta laman web untuk berbincang mengenai Al-Quran
14. Mereka pelekat ayat-ayat Al-Quran

SKOP KEMPEN
1.    Kempen yang dimulakan oleh rakyat Malaysia
2. Berdasarkan media sosial dengan orang ramai menggalakkan, berkongsi pendapat mengenai Al-Quran dan bagaimanakah cara-caranya untuk mengaplikasikan mesej-mesej Al-Quran di dalam kehidupan mereka
3.    Disasarkan kepada semua orang, tanpa mengira posisi
4. Hashtag #LRTQ2016 digunakan di Facebook, Twitter dan Instagram ketika kempen dijalankan

SIAPAKAH YANG BOLEH MENYERTAI KEMPEN INI?

Semua orang – lebih ramai, lebih baik!

LAMAN MEDIA SOSIAL

Facebook: 

Instagram:
letsreadthequran

Twitter:
@LReadTheQuran

Blog:


Sila gunakan hashtag #LRTQ2016!

No comments:

Post a Comment