Wednesday, March 2, 2016

#LRTQ2016 -Siri 10 Ayat-Ayat Al-Quran Terpilih

Kempen Membaca Al-Quran 2016
Dari 1 Mac - 31 Mac 2016

Bersempena dengan kempen Let's Read The Quran 2016, 31 individu ternama dari pelbagai latar-belakang berbeza akan berkongsi 10 ayat-ayat Al-Quran pilihan mereka. Ayat-ayat terpilih ini akan direka dalam bentuk poster dan dikongsikan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa sebahagian daripada poster-poster ini akan diterbitkan dalam akhbar Sinar Harian sepanjang bulan Mac. Kami juga akan berkongsi poster ini di semua akaun media sosial kempen Let's Read The Quran.

10 individu pertama yang akan berkongsi ayat-ayat Al-Quran kegemaran mereka adalah:

1. YABhg Tun Dr. Siti Hasmah 
2.YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki
3. Syed Azmi
4. Daphne Iking 
5. Emeritus Prof. Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi
6. Azmir Merican
7. YB Dato Husamuddin
8. Nurulhana Ismail
9. Dr. Chandra Muzaffar
10. The Most Ven. Datuk K Sri Dhammaratana

Kami akan berkongsi senarai 10 penyumbang lain tidak lama lagi.

Kempen Let's Read The Quran berhasrat untuk menggalakkan orang awam membaca Al-Quran di dalam bahasa yang mereka fahami. Kami juga berharap orang awam akan melihat Al-Quran sebagai suatu dokumen universal, sekaligus menggalakkan penglibatan golongan Muslim dan bukan Muslim dalam kempen ini.  

Hari Ke-2: 2 Mac 2016 menampilkan YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki



Untuk membaca artikel ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik di sini

No comments:

Post a Comment