Wednesday, October 26, 2016

Salam Deepavali - Khamis di Sinar Harian


Jadikan Malaysia CEMERLANG:
Galas Tanggungjawab Melalui Amalan Pemilikan (Take Ownership).

Iklan Hari Malaysia kami telah menerangkan mengenai kepentingan komitmen. Untuk iklan Deepavali ini, mari kita berbincang mengenai amalan pemilikan.

1.    Apakah itu amalan pemilikan?

Amalan pemilikan ialah sifat yang menerima tanggungjawab dengan sepenuhnya. Tidak perlu menunggu orang lain untuk bertindak kerana kita sanggup mengambil langkah pertama. Kita tidak membenarkan alasan-alasan luaran baik manusia mahupun situasi untuk menghalang kita daripada beraksi. Apabila menghadapi kesulitan, kita beristiqamah. Tanggungjawab diambil dengan serius. Kurang bercakap, lebih beramal. Jangan banyak merungut, lebih beraksi. Tidak hanya berhujah, utamakan perlaksanaan. Kita sentiasa mengusahakan yang terbaik.

2.    Kenapa amalkan pemilikan?

Kerana kita memang boleh! Kita ada kuasa dan keupayaan. Untuk membina sebuah negara yang cemerlang, tidak cukup kerajaan yang cekap, tetapi, yang mesti ada adalah warganegara yang cemerlang. Apabila setiap warganegara mengambil sifat amalan pemilikan secara aktif, barulah negara berkembang maju. Setiap tindakan, walaupun nampak sedikit, jika dilakukan secara konsisten akan memberikan impak yang besar – sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Tiada negara yang akan ketinggalan jika warganegaranya mengamalkan pemilikan.

3.    Bagaimana untuk mengamalkan pemilikan?

Buat sedaya upaya dahulu – apa saja yang di dalam jangkauan kebolehan dan kemampuan kita setiap hari. Nampak jalan berlubang, tampal. Ragu-ragu keselamatan kawasan perumahan, usahakan kawalan kejiranan. Perkampungan kotor dan bersepah, anjurkan gotong-royong. Kaum keluarga dan jiran tetangga yang susah, sedekah. Selarikan kerjaya dan kehidupan seharian kita dengan sedekah dan pembangunan negara. Wahai doktor-doktor, juruoptik-juruoptik, ahli perniagaan, penjual makanan dan minuman, para pemaju, guru-guru, tukang jahit, pengusaha taman tema, tukang gunting rambut dan sebagainya – tawarkan perkhidmatan percuma kepada mereka yang memerlukan sekurang-kurangnya sehari dalam sebulan. Pemberian anda ini akan memberi impak yang mendadak dalam menjadikan Malaysia negara yang cemerlang.
Di zubedy, sumber kekuatan program-program dan aktiviti kami adalah nilai-nilai murni dan tradisi-tradisi budaya yang dikongsi bersama. Kami percaya niat dalam hati semua rakyat Malaysia mahukan yang terbaik untuk diri mereka dan untuk setiap anak-anak Malaysia. Kami percaya bahawa Malaysia tidak akan maju jika sebahagian daripada kita tertinggal di belakang.

Mari bersama mengamalkan pemilikan dan Jadikan Malaysia CEMERLANG.
Untuk berkongsi pendapat dan pengalaman anda, sila hubungi makemalaysiagreat@zubedy.com atau lawati Facebook dan Twitter @makemygreat.

Usahakan yang terbaik,
Salam Deepavali.



Have A Meaningful Deepavali - Thursday in The STAR


Make Malaysia GREAT:
Take Ownership.

In our Hari Malaysia message we discussed about commitment. For this Deepavali advert, let us talk about taking ownership.

1.    What is taking ownership?

Taking ownership is accepting responsibilities. We do not wait for others to take action. We take the first step. We do not blame people or the situation or use them as an excuse for inaction. When there is a problem at hand, we see our part in solving it. We take personal accountability seriously. We do not only talk, we do. We do not complain, we take action. We do not only preach, we practice. We add value.

2.    Why take ownership?

Because we can! We have the power and ability to do so. To build a great nation, we need more than just a good government. We need great citizens. When individual citizens see themselves as active participants in building the country, a nation strives. Small acts done consistently over a period of time can create a major impact. No nation can fail if its people take ownership.

3.    How to take ownership?

Do what we can do first. Add value at the ground level in our daily lives. If we see a pothole, patch it. If there is a security concern, organize a neighbourhood watch. If our housing areas lack upkeep, organize a gotong-royong. If you have a poor family member or neighbour, provide financial support. Link what we do and our business with charity and nation building. Doctors, opticians, businessmen, F&B vendors, developers, dieticians, teachers, tailors, theme park operators, hairstylist - offer your services for free to the needy at least one day in a month. These small acts will add up and help create a greater Malaysia.
                                                                                                                              
At zubedy, our programs and activities draw strength from our shared values and traditions. We believe that at heart, all Malaysians want good things for themselves and for their brother and sister Malaysians, simply because our nation cannot prosper as a whole if some of us are left behind.

You and I, we must take ownership and Make Malaysia GREAT.

Join the conversation. Share your thoughts by contacting us at makemalaysiagreat@zubedy.com, or visit our Facebook and Twitter page @makemygreat.

Let us add value,

Have a meaningful Deepavali.