Jadikan
Malaysia CEMERLANG:
Galas
Tanggungjawab Melalui Amalan Pemilikan (Take Ownership).
Iklan
Hari Malaysia kami telah menerangkan mengenai kepentingan komitmen. Untuk iklan
Deepavali ini, mari kita berbincang mengenai amalan pemilikan.
1.
Apakah itu amalan pemilikan?
Amalan pemilikan ialah sifat yang menerima
tanggungjawab dengan sepenuhnya. Tidak perlu menunggu orang lain untuk
bertindak kerana kita sanggup mengambil langkah pertama. Kita tidak membenarkan
alasan-alasan luaran baik manusia mahupun situasi untuk menghalang kita
daripada beraksi. Apabila menghadapi kesulitan, kita beristiqamah. Tanggungjawab
diambil dengan serius. Kurang bercakap, lebih beramal. Jangan banyak merungut, lebih
beraksi. Tidak hanya berhujah, utamakan perlaksanaan. Kita sentiasa mengusahakan
yang terbaik.
2.
Kenapa amalkan pemilikan?
Kerana kita memang boleh! Kita ada
kuasa dan keupayaan. Untuk membina sebuah negara yang cemerlang, tidak cukup
kerajaan yang cekap, tetapi, yang mesti ada adalah warganegara yang cemerlang. Apabila
setiap warganegara mengambil sifat amalan pemilikan secara aktif, barulah
negara berkembang maju. Setiap tindakan, walaupun nampak sedikit, jika
dilakukan secara konsisten akan memberikan impak yang besar – sedikit-sedikit,
lama-lama jadi bukit. Tiada negara yang akan ketinggalan jika warganegaranya
mengamalkan pemilikan.
3.
Bagaimana untuk mengamalkan pemilikan?
Buat sedaya upaya dahulu – apa saja
yang di dalam jangkauan kebolehan dan kemampuan kita setiap hari. Nampak jalan berlubang,
tampal. Ragu-ragu keselamatan kawasan perumahan, usahakan kawalan kejiranan. Perkampungan
kotor dan bersepah, anjurkan gotong-royong. Kaum keluarga dan jiran tetangga
yang susah, sedekah. Selarikan kerjaya dan kehidupan seharian kita dengan sedekah
dan pembangunan negara. Wahai doktor-doktor, juruoptik-juruoptik, ahli
perniagaan, penjual makanan dan minuman, para pemaju, guru-guru, tukang jahit,
pengusaha taman tema, tukang gunting rambut dan sebagainya – tawarkan perkhidmatan
percuma kepada mereka yang memerlukan sekurang-kurangnya sehari dalam sebulan. Pemberian
anda ini akan memberi impak yang mendadak dalam menjadikan Malaysia negara yang
cemerlang.
Di zubedy, sumber kekuatan
program-program dan aktiviti kami adalah nilai-nilai murni dan tradisi-tradisi
budaya yang dikongsi bersama. Kami percaya niat dalam hati semua rakyat
Malaysia mahukan yang terbaik untuk diri mereka dan untuk setiap anak-anak
Malaysia. Kami percaya bahawa Malaysia tidak akan maju jika sebahagian daripada
kita tertinggal di belakang.
Mari bersama mengamalkan pemilikan dan
Jadikan Malaysia CEMERLANG.
Untuk berkongsi pendapat dan
pengalaman anda, sila hubungi makemalaysiagreat@zubedy.com atau lawati Facebook dan Twitter @makemygreat.
Usahakan yang terbaik,
Salam Deepavali.
No comments:
Post a Comment