Followers

Thursday, April 13, 2017

Salam Vaisakhi

Jadikan Malaysia Negara CEMERLANG:
Berwaspada dengan Sempadan Palsu!*

Dalam mesej sebelum ini, kami tekankan tentang kepentingan untuk bertindak dan turut dikongsikan satu sistem kepercayaan yang membantu jadikan impian satu kenyataan. Pada kali ini, kami ingin jelaskan kepada anda kenapa ramai orang gagal melaksanakan tugas dengan jaya dan mencapai potensi diri sebenar. Apa dan siapa musuh kepada tindakan?
1.    Apa itu Sempadan Palsu?
Sempadan Palsu ialah satu tindak balas automatik yang bermula di minda. Ia berikan kita alasan yang seolah-olahnya wajar untuk TIDAK BERTINDAK. Contohnya, ketika anda berniat untuk berjoging, minda anda mungkin mengatakan bahawa hujan bakal turun. Minda berupaya secara automatik mencipta sempadan palsu yang tidak terhingga tanpa mengenal siapa dan di mana kita berada - umur, jantina, asal-usul, latar belakang pendidikan, etnik, hubungan keagamaan, status sosioekonomi, kecenderungan politik, polisi kerajaan, budaya, tradisi dan sejarah. Apa saja dan semua yang minda kita boleh fikirkan sebagai alasan untuk tidak bertindak - secara automatik!
2.    Kenapa Sempadan Palsu berbahaya?
Ia merupakan tetapan spontan - dalam sekelip mata, ia menyerang. Ramai yang tidak sedar akan mekanisme yang mempengaruhi kehidupan seharian dan tabiat kita ini. Akhirnya kita jadi semakin tua tanpa berbuat apa-apa, tiada pencapaian. Apabila umur semakin lanjut, kita rasa tidak senang jiwa - ada sesuatu yang tidak kena tetapi tidak dapat tentukan apa, di mana, kenapa dan bagaimana. Jauh di benak hati, kita tahu bahawa kita telah bazirkan umur kita. Mereka yang kurang kesedaran menyesal pada hari tua - marah terhadap dunia. Sempadan Palsu menyerang mereka berulang kali dalam kemelut tiadanya tindakan.
3.    Bagaimana menghindari Sempadan Palsu?
Kesedaran. Pertama sekali, kena berwaspada dan peka akan kehadiran Sempadan Palsu dalam kehidupan seharian. Sentiasa sedar apabila ia hadir lantas atasinya dengan mengambil tindakan. Lebih baik lagi, berjaga-jaga dan halang sebelum ia menyerang kita dengan belajar membezakan antara sempadan sebenar dengan yang palsu. Bagaimana untuk menghalang Sempadan Palsu sebelum ia menyerang? Itu ialah topik yang akan dibincangkan dalam mesej kami untuk Hari Wesak nanti. 
Di zubedy, sumber kekuatan program latihan kami ialah nilai-nilai murni dan tradisi yang dikongsi bersama. Kami percaya dalam hati rakyat Malaysia, kita mahukan yang terbaik untuk setiap anak-anak Malaysia kerana negara kita tidak akan berjaya jika ada yang tertinggal.

Berwaspada dan jauhi Sempadan Palsu dan jadikan Malaysia Negara CEMERLANG.

Usahakan yang terbaik,
Salam Vaisakhi.


*Idea dalam mesej ini adalah sebahagian daripada konsep teras program Making A Difference through P3 (Laksana Perubahan melalui P3) kami.


Have A Meaningful Vaisakhi - Friday in The STAR


Make Malaysia GREAT:
Beware of Artificial Boundaries!*

In our previous messages, we have stressed the need for action and shared a belief system that can help make things happen. In this advertisement, we would like to show you why so many fail to get things done and achieve their potential. What and who is the enemy to action?

1.    What is an Artificial Boundary?
Artificial Boundary is an automatic response that happens at the mind level. It gives us what seemingly sounds like a good reason NOT TO TAKE ACTION. Simply put, when you want to go for a jog, your mind may suggest that it might rain soon. The mind is capable of automatically creating limitless artificial boundaries no matter who or where we are - age, gender, origins, educational background, socio-economic status, political leanings, ethnicity, religious affiliations, government policies, culture, traditions, and history. Anything and everything that the mind can grab or use for inaction – automatically!

2.    Why are Artificial Boundaries dangerous?
It is a default setting – in a split second, it strikes us.  Many are completely unaware of this mechanism that governs our day-to-day living, habitually. So we grow old not doing, not achieving. As we get older, we feel uneasy in our hearts – something is wrong somewhere but we cannot pinpoint what, where, why and how. Deep within, we wonder if we have short-changed our lives. The less conscious become bitter old men and women – angry with the world. Artificial Boundary strikes them again and again in a spiral of inaction.

3.    How to avoid Artificial Boundaries?
Consciousness. Firstly, be mindful and recognise its presence in our daily lives. Be constantly aware when it happens and act against it – by taking action. Better still be vigilant and stop it before it strikes us by learning to separate between real boundaries and artificial ones. How to stop it before it strikes us? That is the topic to discuss in our next advertisement during Wesak.

At zubedy, our programs and activities draw strength from our shared values and traditions. We believe that at heart, all Malaysians want good things for themselves and for their brother and sister Malaysians, simply because our nation cannot prosper as a whole if some of us are left behind.

You and I, must be aware and avoid Artificial Boundaries and Make Malaysia GREAT.

Let us add value,
Have a Meaningful Vaisakhi.

*The idea presented in this message is part of our Making A Difference through P3 program’s core concepts.