Thursday, May 11, 2017

Salam Wesak

Jadikan Malaysia Negara CEMERLANG:
Tangani Masalah Memulakan Langkah Pertama*

Dalam mesej sebelum ini, kita berbincang tentang Sempadan Palsu - satu tindak balas automatik bermula di minda yang berikan kita alasan seolah-olahnya wajar untuk tidak bertindak. Mesej kali ini, kami kongsikan dengan anda bagaimana menghalang Sempadan Palsu sebelum ia menyerang kita dengan menangani Masalah Memulakan Langkah Pertama.

1.    Apa itu Masalah Memulakan Langkah Pertama?
Pernahkah anda beli buku tapi tak baca pun lagi? Ada tak benda yang perlu dibaiki di rumah sejak berbulan lamanya – mentol rosak mungkin? Anda mahu telefon ibu bapa atau orang tersayang tapi tak buat? Anda ada niat nak sambung belajar tapi tak sambung? Mahu daftar pemilih tapi belum daftar? Atau tak boleh berhenti melayan Facebook atau main permainan komputer walaupun waktu tidur anda sudah lama berlalu? Ini semua adalah contoh Masalah Memulakan Langkah Pertama.

2.    Kenapa dengan Masalah Memulakan Langkah Pertama?
Ia memang wujud dalam diri kita. Kita cenderung untuk tak memulakan langkah pertama. Ramai orang tak sedar akan masalah ini. Ia bukan seperti sikap berlengah-lengah walaupun ia mengakibatkan berlakunya kelambatan atau tiada tindakan langsung. Sikap berlengah-lengah mungkin menyerang mereka yang kurang kemahiran, ada perasaan takut, kurang motivasi dan mereka yang sentiasa inginkan kesempurnaan. Masalah Memulakan Langkah Pertama menyerang semua orang termasuk mereka yang tidak mempunyai simptom-simptom tersebut. Orang yang berlengah tahu yang mereka sedang melengahkan kerja; kita tak sedar yang kita ada Masalah Memulakan Langkah Pertama.


3.    Bagaimana menangani MASALAH MEMULAKAN LANGKAH PERTAMA lantas MENGAMBIL LANGKAH PERTAMA?
Pertama sekali, sedar akan wujudnya masalah ini. Akui yang kita ada masalah ini. Setelah kita sedar, kita dapat atasinya dengan mengikut moto, “Lakukan Saja.” Senaraikan semua tugas sama ada kecil atau besar yang kita perlu buat dalam senarai tugas harian (to-do list) dan mulakan tindakan. Ya, elakkan terlalu banyak berfikir, lakukan saja! – AMBIL LANGKAH PERTAMA! dan kecapi kejayaan. 

Di zubedy, sumber kekuatan program latihan kami ialah nilai-nilai murni dan tradisi yang dikongsi bersama. Kami percaya dalam hati rakyat Malaysia, kita mahukan yang terbaik untuk setiap anak-anak Malaysia kerana negara kita tidak akan berjaya jika ada yang tertinggal.

Mulakan Langkah Pertama dan jadikan Malaysia Negara CEMERLANG.

Usahakan yang terbaik,
Salam Wesak.

*Idea dalam mesej ini adalah sebahagian daripada konsep teras program Making A Difference through P3 (Laksana Perubahan melalui P3) kami.



U-Thant (1909 - 1974) merupakan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ketiga. Kehidupan beliau ialah sebuah kisah kejayaan seorang lelaki yang Memulakan Langkah Pertama untuk mewujudkan keamanan dan menjadikan dunia tempat yang lebih baik. Beliau merencanakan perundingan dalam Krisis Peluru Berpandu Cuba dan berjaya mengelakkan satu malapetaka global daripada berlaku.   

No comments:

Post a Comment