Friday, May 25, 2018

Salam Wesak - Jumaat Di Sinar Harian



Di antara kemahiran hidup yang harus kita ada untuk menjadi efektif, efisyen dan berjaya, kemahiran pemetakan mungkin yang terpenting. Walaubagaimanapun, pemetakan adalah salah satu kemahiran yang amat sukar diperolehi dan diamal.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pemetakan?

Pemetakan adalah kebolehan membuat keputusan dalaman yang matang dimana kita sedar apa yang harus kita bawa atau kita tinggalkan bukan hanya di atas tangan tetapi juga di minda dan hati kita. Ia adalah kebolehan untuk memberi fokus secara mendalam kepada sesuatu pekerjaan, walaupun ia adalah susah. Kita tidak harus membenarkan kitaran kebimbangan mencuri tumpuan kita. Kita hanya memberi tumpuan pada masa kini. Masa berkerja, kita berkerja. Masa membaca, kita membaca. Masa bergembira, kita ceria. Masa untuk keluarga, kita tumpu kepada keluarga dan apabila tiba masanya untuk bersenam, kita bersenam. Kita tidak membenarkan mana-mana petak mengambil tempat petak yang lain. Jadi kita dapat bertindak dan boleh mencapai setiap matlamat.

2. Mengapakah pemetakan amat penting?

Pemetakan adalah satu cara untuk mencapai keseimbangan kerja dan hal rumah tangga. Kita bertambah sedar terhadap kepentingan kerja dan hal rumah tangga tanpa memberi peluang mana-mana satu mengambil tempat antaranya. Pemetakan menolong kita mencapai kerjaya dengan mengenetepikan gangguan emosi dan fikiran kita. Oleh itu, walaupun kita tidak serasi dengan majikan kita, kita masih boleh membuat kerja yang baik. Bonus jatuh dalam satu petak, prestasi terbaik kita berada dalam petak yang lain. Mertua yang cerewet adalah dalam satu petak, dan perangai kita yang baik petak yang lain. Kepentingan politik satu petak, jadi rakyat yang berhemah dalam petak yang lain. Secara keseluruhannya, pemetakan boleh menghindarkan kita dari terperosok dalam gangguan jiwa yang sistemik. Apabila kita dilanda satu musibah, kita tidak terus hilang hala tuju dan kebolehan kita. Kita amalkan pemetakan dan beri tumpuan pada kekuatan kita yang lain dan cari jalan untuk maju kehadapan.

3. Bagaimanakah cara pemetakan?

Bayangkan kita mempunyai kotak-kotak di dalam hidup kita  dimana kita boleh membuka, memberi fokus, menutup dan kemudiannya membuka kembali bila diperlukan. Tetapi berwaspadalah, pemetakan tidak bermaksud mengelak. Ia adalah satu aksi yang memberi fokus yang terperinci pada satu petak dalam hidup kita yang diberi tumpuan jitu pada masa kini. Kita mesti pandai merancang dan membahagikan emosi, pemikiran dan kadar tindakan yang secukupnya pada setiap petak. Tidak lebih dan tidak kurang! Pada akhirnya, kita menghargai setiap perkembangan yang kecil. Kita percaya dengan memberi tumpuan pada setiap petak yang kena pada tempatnya, kita akan sedikit demi sedikit, perlahan-lahan pasti akan mendapat ganjaran yang besar.

Di zubedy, sumber kekuatan program latihan kami ialah nilai-nilai murni dan tradisi yang dikongsi bersama. Kami percaya dalam hati rakyat Malaysia, kita mahukan yang terbaik untuk setiap anak-anak Malaysia kerana negara kita tidak akan berjaya jika ada yang tertinggal.

Kita haruslah belajar untuk memetak dan jadikan Malaysia Negara CEMERLANG.

Usahakan yang terbaik,
Selamat Hari Wesak.

*Idea dalam mesej ini adalah sebahagian daripada konsep teras program “Making A Difference through P3“ (Laksana Perubahan melalui P3) kami.




No comments:

Post a Comment