Thursday, July 25, 2019

INTEGRITI SEBAGAI CITA-CITA KE 6 RUKUN NEGARA?





ADAKAH BAIK JIKA KITA TAMBAH ‘INTEGRITI’ SEBAGAI CITA-CITA YANG KE 6 DALAM RUKUN NEGARA?

Tema kempen #SaySomethingNice tahun ini adalah “Cita-Cita Rukun Negara sebagai Kompas kita’.

Pada hari pelancaran tersebut, saya berhasrat untuk mencadangkan untuk kita tambah INTEGRITI sebagai cita-cita yang ke 6 dalam Rukun Negara kita.

Jadi, cita-cita kita adalah PERPADUAN, DEMOKRASI, ADIL & SAKSAMA, LIBERAL, PROGRESIF dan INTEGRITY sebagai yang ke 6.

APA PENDAPAT ANDA? ADAKAH TEPAT PADA MASANYA JIKA KITA MASUKKAN INTEGRITI?

Dalam secara sepenuhnya, cita-cita tersebut adalah –

Bahawasanya Negara kita, Malaysia mendukung cita-cita hendak:

  • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
  • memelihara satu cara hidup demokratik;
  • mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
  • menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
  • MEMUPUK JATIDIRI NASIONAL YANG BERPAKSIKAN INTEGRITI DALAM PEMIKIRAN, PERTUTURAN, DAN PERILAKU.
Sila beri maklumbalas dan idea-idea anda. Terima Kasih.

Salam Moderat,

Anas

Nota : Jika ingin Bersama kami semasa pelancaran pada Ogos 6 ini, harap balas dengan cepat kerana tempat terhad.



No comments:

Post a Comment