Thursday, August 22, 2019

JANGAN SESEKALI BERI PENGIKTIRAFAN KEPADA SEGELINTIR GOLONGAN PELAMPAU YANG BERNIAT MENYAKITI ORANG LAIN

Ia adalah perkara biasa di dalam mana-mana komuniti ada golongan yang berpandangan melampau dan keterlaluan.
Kita tidak seharusnya beri perhatian kepada golongan ini kerana ia memberikan mereka legitimasi/pengiktirafan dan menunjukkan seolah-olah merekalah pembawa arus perdana. Kita seharusnya melayan mereka sebagai golongan minoriti dan beri tumpuan kepada golongan majoriti yang moderat (berpandangan sederhana).
Sebagai contoh, terdapat orang-orang barat yang suka menyamakan Islam dengan keganasan kerana mereka memilih untuk mengiktiraf kumpulan pengganas seperti IS dan AlQaeda yang minoriti ekstrem sebagai mewakili Islam dan bukannya 1.6 billion golongan majoriti Muslim yang cintakan keamanan.
Di Malaysia, kita mesti memilih untuk menyerlahkan golongan yang terbaik dalam kalangan kita iaitu golongan majoriti moderat dari kesemua kumpulan etnik dan penganut agama dan jangan sesekali memberikan legitimasi kepada sekelompok kecil yang menjajakan pandangan-pandangan eksklusif, melampau dan menyakitkan.
Salam, anas zubedy Pergerakan Moderat Malaysia.


No comments:

Post a Comment