Wednesday, March 27, 2024

PILIH HIDAYAH AL QURAN ATAU HIDAYAH PERMAINAN POLITIK?


“Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik”
Salam,
Kepada sesiapa yang benar-benar percaya bahawa sesuatu kejahatan telah dilemparkan kepada Islam. Mereka yang yakin dengan sepenuh keyakinan bahawa ianya bukanlah sesuatu yang dilakukan dengan tidak sengaja.
Maka inilah hidayah AL Quran – cara terbaik membalas kejahatan tersebut.
“Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.”
Quran 41:34-35
Yakinkah kamu dengan hidayah Al Quran? Ataupun kamu lebih yakin dengan hidayah setengah pemain-pemain politik?
Pilihlah Al Quran.
Salam, anas
Like
Comment
Share

No comments:

Post a Comment