Tuesday, December 23, 2014

10 Prinsip Wasatiah Warga Malaysia

Wahai Warga Malaysia

Mari kita wasatiahkan Malaysia. Amalan wasatiah wujud dahulu, kini dan pada masa hadapan.

Mari kita bersama-sama praktikkan 10 prinsip Wasatiah Warga Malaysia.

1. Saya akan bertanggungjawab. Saya tidak akan menunggu yang lain untuk mengamalkan konsep wasatiah. Saya akan mengambil langkah pertama. Saya adalah agen wasatiah.

2. Saya akan mengamalkan konsep kesyukuran. Saya akan menggunakan apa yang sedia ada dan tidak merungut. Saya tahu sedikit apa yang ada adalah cukup untuk maju ke hadapan jika saya ikhlas dan taqwa.

3. Saya tidak akan tamak. Saya tidak akan merungut tentang mengapa yang lain lebih kaya, tetapi mengambil berat terhadap yang kurang bernasib baik.

4. Saya akan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa melihat masalah sebagai peluang. Walaupun seseorang bercakap menyakitkan hati, saya akan melihatnya sebagai peluang untuk memahami apa yang mengganggu hati seseorang itu.

5. Saya akan sentiasa bersikap kritikal terhadap diri sendiri dan komuniti saya. Jika saya adalah seorang yang beragama Islam, saya akan kritikal terhadap individu beragama Islam lain terlebih dahulu. Jika saya seorang yang beragama Kristian, saya akan kritikal terhadap individu beragama Kristian lain terlebih dahulu, dan sebagainya.

6. Saya akan jujur kepada kedua-dua belah pihak. Saya tidak akan menjadi hipokrit.

7. Saya akan mengamalkan "Golden Rule" iaitu kod etika yang mengatakan bahawa saya akan berkelakuan sepertimana saya mahu dilayan oleh orang lain. Saya tidak akan berkelakuan buruk, di mana saya juga tidak mahu dilayan sedemikian.

8. Saya akan mengambil berat dan mempraktikkan kepelbagaian dan keharmonian. Saya yakin dengan penuh hati bahawa kepelbagaian adalah anugerah Allah yang terbaik dan tanda-tanda kebesaranNya.

9. Saya akan sentiasa menambah nilai kepada orang lain, kepada setiap situasi dan apa sahaja yang berinteraksi dengan saya.

10. Saya akan sentiasa mengamalkan sikap pengasih. Saya akan cepat memaafkan dan melupakan. Saya akan sentiasa beri peluang kepada keamanan.

Saya percaya bahawa majoriti rakyat Malaysia bersikap wasatiah. Kita adalah antara golongan yang yakin di hati bahawa rakyat Malaysia mahukan yang terbaik buat diri mereka sendiri dan juga untuk rakyat Malaysia yang lain, kerana negara ini tidak akan maju secara keseluruhan jika ada yang ketinggalan.

Mari amalkan sikap wasatiah.

Salam,

Anas Zubedy
Kuala Lumpur




No comments:

Post a Comment