Wahai Warga Malaysia
Mari kita wasatiahkan Malaysia. Amalan wasatiah wujud
dahulu, kini dan pada masa hadapan.
Mari kita bersama-sama praktikkan 10 prinsip Wasatiah
Warga Malaysia.
1. Saya akan bertanggungjawab. Saya tidak akan menunggu
yang lain untuk mengamalkan konsep wasatiah. Saya akan mengambil langkah
pertama. Saya adalah agen wasatiah.
2. Saya akan mengamalkan konsep kesyukuran. Saya akan
menggunakan apa yang sedia ada dan tidak merungut. Saya tahu sedikit apa yang
ada adalah cukup untuk maju ke hadapan jika saya ikhlas dan taqwa.
3. Saya tidak akan tamak. Saya tidak akan merungut
tentang mengapa yang lain lebih kaya, tetapi mengambil berat terhadap yang
kurang bernasib baik.
4. Saya akan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa
melihat masalah sebagai peluang. Walaupun seseorang bercakap menyakitkan hati,
saya akan melihatnya sebagai peluang untuk memahami apa yang mengganggu hati
seseorang itu.
5. Saya akan sentiasa bersikap kritikal terhadap diri
sendiri dan komuniti saya. Jika saya adalah seorang yang beragama Islam, saya
akan kritikal terhadap individu beragama Islam lain terlebih dahulu. Jika saya
seorang yang beragama Kristian, saya akan kritikal terhadap individu beragama
Kristian lain terlebih dahulu, dan sebagainya.
6. Saya akan jujur kepada kedua-dua belah pihak. Saya
tidak akan menjadi hipokrit.
7. Saya akan mengamalkan "Golden Rule" iaitu
kod etika yang mengatakan bahawa saya akan berkelakuan sepertimana saya mahu
dilayan oleh orang lain. Saya tidak akan berkelakuan buruk, di mana saya juga
tidak mahu dilayan sedemikian.
8. Saya akan mengambil berat dan mempraktikkan
kepelbagaian dan keharmonian. Saya yakin dengan penuh hati bahawa kepelbagaian
adalah anugerah Allah yang terbaik dan tanda-tanda kebesaranNya.
9. Saya akan sentiasa menambah nilai kepada orang lain,
kepada setiap situasi dan apa sahaja yang berinteraksi dengan saya.
10. Saya akan sentiasa mengamalkan sikap pengasih. Saya
akan cepat memaafkan dan melupakan. Saya akan sentiasa beri peluang kepada
keamanan.
Saya percaya bahawa majoriti rakyat Malaysia bersikap
wasatiah. Kita adalah antara golongan yang yakin di hati bahawa rakyat Malaysia
mahukan yang terbaik buat diri mereka sendiri dan juga untuk rakyat Malaysia
yang lain, kerana negara ini tidak akan maju secara keseluruhan jika ada yang
ketinggalan.
Mari amalkan sikap wasatiah.
Salam,
Anas Zubedy
Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment