Jadikan Malaysia Negara CEMERLANG:
Mari berVisi Tinggi dan Jauh tetapi
Berusaha Sedikit Demi Sedikit.
Mari sambung
bicara bagaimana jadikan Malaysia Negara Cemerlang. Deepavali lepas kita berbincang tentang konsep
amalan pemilikan (take ownership). Krismas
kali ini, ayuh kita menyentuh tentang kepentingan
adanya Visi yang tinggi dan jauh tetapi berusaha sedikit demi sedikit untuk
mencapainya.
1) Kenapa
perlu berVisi tinggi dan jauh?
VISI yang TINGGI dan JAUH adalah satu
perkara wajib untuk mencapai kejayaan. Visi menjana tenaga positif daripada
sekecil mana pun kekuatan yang kita ada. Ia membawa dan memberi kita harapan.
Masa depan akan nampak lebih jelas. Visi yang tinggi dan jauh memacu kita ke
hadapan. Kita mahu jadi yang terbaik, terunggul dan hebat. Visi menunjuk jalan
kepada potensi sebenar kita.
2) Kenapa
berusaha sedikit demi sedikit?
Tanpa tindakan, Visi hanya satu fantasi.
Visi tidak cukup hanya tercatat di atas panji-panji tetapi ia perlu dikejar
melalui kesungguhan tindakan manusia. Tindakan sedikit demi sedikit tetapi
dilakukan secara efektif, efisien dan konsisten akan ‘lama-lama jadi bukit.’ Tidak cukup kalau kita hanya gah dengan
visi yang terpapar di lobi-lobi pejabat kalau perkara asas seperti khidmat
pelanggan seharian pun tak terjaga. Seseorang dengan impian yang menggunung
tanpa tindakan sehari-hari akan jadi macam Mat Jenin.
3) Bagaimana
untuk berusaha sedikit demi sedikit?
Tanya diri sendiri apa yang kita boleh
buat pada HARI INI! Apa perkara-perkara yang berada dalam jangkauan kebolehan
dan kemampuan kita? Apa sekecil-kecil tindakan yang dapat kita buat SEKARANG
untuk mencapai impian kita? Kita mesti kaitkan apa yang kita nak pada masa
depan dengan apa yang kita perlu buat pada hari ini. Kita tak boleh berangan
sahaja tetapi malas dan selalu datang kerja lewat. Organisasi kita pula tak
boleh hanya pandai mengolah visi yang berbunga-bunga tetapi gagal mengambil
berat terhadap prestasi kerja harian.
Ayuh kita bekerja dengan apa yang sedia ada
tanpa tunggu-tunggu lagi kerana kita ada Visi tinggi dan jauh serta akan
bertindak sedikit demi sedikit sampai berjaya.
Di Zubedy, sumber kekuatan program
latihan kami ialah nilai-nilai murni dan tradisi yang dikongsi bersama. Kami
percaya dalam hati rakyat Malaysia, kita mahukan yang terbaik untuk setiap
anak-anak Malaysia kerana negara kita tidak akan berjaya jika ada yang tertinggal.
Kita semua
mesti berVisi tinggi dan jauh tetapi berusaha sedikit demi sedikit sampai berjaya.
Ayuh jadikan Malaysia Negara CEMERLANG.
Usahakan
yang terbaik,
Salam
Krismas.