Followers

Tuesday, March 29, 2016

Siri 10 Ayat-Ayat Al-Quran Terpilih

Kempen Membaca Al-Quran 2016
Dari 1 Mac - 31 Mac 2016

Bersempena dengan kempen Let's Read The Quran 2016, 31 individu ternama dari pelbagai latar-belakang berbeza akan berkongsi 10 ayat-ayat Al-Quran pilihan mereka. Ayat-ayat terpilih ini akan direka dalam bentuk poster dan dikongsikan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa sebahagian daripada poster-poster ini akan diterbitkan dalam akhbar Sinar Harian sepanjang bulan Mac. Kami juga akan berkongsi poster ini di semua akaun media sosial kempen Let's Read The Quran.

Individu-individu yang akan berkongsi ayat-ayat Al-Quran kegemaran mereka adalah:

27. Roselaini Faiz
28. Prim Kumar @ Farim Umar

Kempen Let's Read The Quran berhasrat untuk menggalakkan orang awam membaca Al-Quran di dalam bahasa yang mereka fahami. Kami juga berharap orang awam akan melihat Al-Quran sebagai suatu dokumen universal, sekaligus menggalakkan penglibatan golongan Muslim dan bukan Muslim dalam kempen ini.  

29 Mac 2016 menampilkan Roselaini Faiz.


Untuk membaca artikel ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik di sini.

No comments: