Followers

Thursday, June 22, 2017

Salam Aidilfitri - Khamis di Sinar Harian

Jadikan Malaysia Negara CEMERLANG:
Pimpin dengan Menghapuskan Ketidakpastian*

Untuk jadikan Malaysia Negara Cemerlang, kita perlukan pemimpin yang efektif di semua peringkat. Pemimpin yang boleh menghapuskan ketidakpastian. Mereka yang mampu membawa visi dan matlamat yang rakyat Malaysia impikan dan pada masa yang sama dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi pada hari ini. Pemimpin yang boleh melahirkan kerelaan dalam hati rakyat untuk bertindak secara bertanggungjawab dan beretika demi faedah bersama.  

1.    Apakah itu pemimpin?
Apakah perbezaan asas antara seorang pemimpin dan pengikut? Secara mudahnya, pemimpin ada pengikut. Maka, untuk mengenali apakah itu pemimpin, kita mesti mengkaji kenapa seseorang manusia itu rela mengikut manusia yang lain. Kunci jawapannya ada pada prinsip followership iaitu psikologi dalam kerelaan mengikut. Setelah kita faham psikologi ini, kita akan dapat kenal pasti rahsia kepimpinan.
 
2.    Kenapa seseorang manusia itu rela mengikut manusia lain?
Adakah sebab karisma? Suri teladan? Kepandaian? Kewarakan? Wang? Kuasa? Jenama? Umur? Keturunan dan sebagainya? Tidak. Itu semua hanya alat untuk memimpin; kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk menghapuskan ketidakpastian dalam minda pengikut. Misal kata kita terperangkap dalam kebakaran, kita rela ikut budak yang hanya berumur 10 tahun jika dia dapat tunjukkan jalan keluar yang pasti. Ini menunjukkan bahawa sesiapa saja boleh menjadi pemimpin asalkan dia dapat menghapuskan ketidakpastian. Pemimpin yang dapat menghapuskan ketidakpastian akan berjaya. Kalau tak, dia akan ditinggalkan pengikutnya.

3.    Bagaimana menghapuskan ketidakpastian?
Amalkan sifat amanah dan bersih. Bina kepercayaan dalam kalangan pengikut melalui hubungan yang jujur, berintegriti dan beretika. Penuhi semua janji. Jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Sentiasa fokus pada arah tuju yang ditetapkan dan sedia beristiqamah untuk mempertahankan nilai-nilai murni tersebut walaupun dilanda kesukaran dan cabaran yang menggunung. Konsisten selalu dan jangan flip-flop. Adakah anda akan terus bertindak untuk menghabiskan kerja kalau bos asyik-asyik ubah arahan dan tidak pasti?

Di zubedy, sumber kekuatan program latihan kami ialah nilai-nilai murni dan tradisi yang dikongsi bersama. Kami percaya dalam hati rakyat Malaysia, kita mahukan yang terbaik untuk setiap anak-anak Malaysia kerana negara kita tidak akan berjaya jika ada yang tertinggal.

Kita semua harus Hapuskan Ketidakpastian dan jadikan Malaysia Negara CEMERLANG.

Usahakan yang terbaik,
Salam Aidilfitri.


*Idea dalam mesej ini adalah sebahagian daripada konsep teras program Making A Difference through P3 (Laksana Perubahan melalui P3) kami.


No comments: