Apa
kata Al-Quran tentang pluralisme secara umumnya, dan secara khusus, pluralisme
dalam agama?
Pluralisma
adalah perkataan sensitif dan istilah yang sering diperdebatkan dikalangan
pemimpin Islam dan pengikutnya. Ramai berpendapat bahawa pluralisme dalam agama
atau kepercayaan bermaksud menyamakan agama atau cara hidup yang sama. Itu akan
menjadi satu kesalahan nyata. Tidak ada dua agama yang sama. Malah, walaupun dalam
agama seseorang sendiri terdapat perbezaan.
Saya
mempunyai keyakinan yang kuat bahawa pengikut tegar agama lain seperti agama
Kristian, Hindu dan Buddha juga akan menentang sesiapa yang mencadangkan bahawa
agama mereka sama dengan semua agama lain. Hakikatnya, mencadangkan semua agama
sama adalah salah secara fakta.
Pluralisme
merupakan penerimaan kepelbagaian pandangan atau pendirian dan bukan pendekatan
tunggal atau kaedah ke arah kehidupan. Ia adalah idea bahawa kita boleh
bersetuju untuk tidak bersetuju, “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”. Ia
adalah keupayaan untuk melihat realiti, iaitu alam semesta dan bumi yang kita
diami ini merupakan reka bentuk yang pelbagai. Secara harfiah, wujudnya
pelbagai agama dan pelbagai laluan/jalan hidup adalah penciptaan Tuhan sendiri
dan oleh itu kita perlu belajar untuk hidup dengannya. Kita tidak mengabaikan
perbezaan pelbagai agama (dan budaya). Kita cuba memahami 'kelainan' yang lain.
Ini
juga bermakna bahawa pluralisme mencadangkan yang identiti agama seseorang
bukan satu-satunya identiti mereka. Dalam erti kata lain, secara etnik, seseorang
boleh menjadi seorang Muslim Cina dan seorang lagi Muslim Melayu atau Muslim
Barat. Malah dalam masyarakat Melayu Muslim, seseorang boleh menjadi ahli parti
politik yang berbeza. Juga perbezaan dalam satu profesion dan sebagainya.
Pluralisme adalah keupayaan untuk menerima orang lain dan kesediaan untuk
memberikan hak untuk menjadi siapa diri mereka.
Saya
melihat seorang pluralis sebagai orang yang percaya, mencipta, mempromosikan
dan mempertahankan sebuah masyarakat di mana dua atau lebih kumpulan agama
dapat hidup bersama dengan damai dan harmoni - menyediakan suatu platform sosial
yang produktif dan berkesan untuk kemanusiaan sejagat. Dalam masyarakat
pluralis, kita terlibat secara aktif antara satu sama lain. Kita akui dan kita
mempunyai perbezaan tanpa ada yang cuba mendominasi. Kita mengamalkan hak sama
rata sebelum undang-undang tanpa sebarang perbezaan dari segi agama atau
kepercayaan.
Marilah
kita membenarkan Al-Quran untuk menjelaskannya.
Jadi,
apa kata Al-Quran mengenai pluralisme secara umum dan secara khususnya, pluralisme dalam agama?
Terdapat
banyak ayat tentang pluralisme dalam Al-Quran, sama seperti tulisan saya
sebelum ini, saya akan memilih 10 ayat Al-Quran. Semua penekanan yang kongsikan
ini adalah untuk membantu para pembaca fokus terhadap mesej tertentu.
1. Dan jika Tuhanmu menghendaki,
tentulah beriman semua orang di bumi seluruhnya.
Tetapi apakah kamu (hendak) memaksa manusia agar mereka menjadi orang-orang
yang beriman? – Al-Quran 10:99
2. (yaitu)
orang-orang yang diusir dari kampung halamannya tanpa alasan yang benar, hanya
karena mereka berkata, “Tuhan kami ialah Allah.” Seandainya Allah tidak menolak
(keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentu telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah
ibadah orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama
Allah. Allah pasti akan meno-long orang yang menolong (agama)-Nya. Sungguh,
Allah Mahakuat, Mahaperkasa. – Al-Quran 22:40
3. Dan
Kami telah menurunkan Kitab (Al-Qur'an) kepadamu (Muhammad) dengan membawa
kebenaran, yang membenarkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya dan
menjaganya, maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang diturunkan Allah
dan janganlah engkau mengikuti keinginan mereka dengan meninggalkan kebenaran
yang telah datang kepadamu. Untuk setiap
umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Kalau Allah menghendaki, niscaya kamu
dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap
karunia yang telah diberikan-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat
kebajikan. Hanya kepada Allah kamu semua kembali, lalu diberitahukan-Nya
kepadamu terhadap apa yang dahulu kamu perselisihkan. – Al-Quran 5:48
4. Sesungguhnya
orang-orang beriman, orang Yahudi, orang
Sabiin, orang Nasrani, orang Majusi dan orang musyrik, Allah pasti memberi
keputusan di antara mereka pada hari Kiamat. Sungguh, Allah menjadi saksi atas
segala sesuatu.
5. Dialah yang menciptakan kamu, lalu di
antara kamu ada yang kafir dan di antara kamu (juga) ada yang mukmin. Dan
Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. – Al-Quran 64:2
6. Katakanlah
(Muhammad), “Wahai manusia! Telah datang kepadamu kebenaran (Al-Qur'an) dari
Tuhanmu, sebab itu barang siapa mendapat
petunjuk, maka sebenarnya (petunjuk itu) untuk (kebaikan) dirinya sendiri.
Dan barang siapa sesat, sesungguhnya kesesatannya itu (mencelakakan) dirinya
sendiri. Dan Aku bukanlah pemelihara
dirimu.” – Al-Quran 10:108
7. Tidak ada paksaan dalam
(menganut) agama (Islam), sesungguhnya telah jelas (perbedaan)
antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat. Barang siapa ingkar kepada
Tagut dan beriman kepada Allah, maka sungguh, dia telah berpegang (teguh) pada
tali yang sangat kuat yang tidak akan putus. Allah Maha Mendengar, Maha
Mengetahui. – Al-Quran 2:256
8. Dan setiap umat mempunyai
kiblat yang dia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah kamu dalam
kebaikan. Di mana saja kamu berada, pasti Allah akan
mengumpulkan kamu semuanya. Sungguh, Allah Mahakuasa atas segala sesuatu. –
Al-Quran 2:148
9. Kemudian
jika mereka membantah engkau (Muhammad) katakanlah, “Aku berserah diri kepada
Allah dan (demikian pula) orang-orang yang mengikutiku.” Dan katakanlah kepada
orang-orang yang telah diberi Kitab dan kepada orang-orang buta huruf,
”Sudahkah kamu masuk Islam?” Jika mereka masuk Islam, berarti mereka telah
mendapat petunjuk, tetapi jika mereka
berpaling, maka kewajibanmu hanyalah menyampaikan. Dan Allah Maha Melihat
hamba-hamba-Nya. – Al-Quran 3:20
10. Katakanlah
(Muhammad), “Wahai orang-orang kafir! aku tidak akan menyembah apa yang kamu
sembah, dan kamu bukan penyembah apa
yang aku sembah, dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan
kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah. Untukmu
agamamu, dan untukku agamaku.” – Al-Quran 109:1-6
Jika anda berminat dan tertarik dengan tema
ini, sila kongsikan lebih banyak ayat Al-Quran dengan tema yang sama.
Anda juga boleh google " Apakah
yang Al-Quran katakan tentang Pluralisme?" untuk mengetahui lebih lanjut 😊
Peace, anas
Ini merupakan link kepada e-book kami; Share The Quran e-book, Koleksi Ayat-ayat Al-Quran Terpilih Dalam 5 Bahasa.
Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan kempen "Let's Read The Quran", sila klik link di bawah:
No comments:
Post a Comment