Followers

Tuesday, March 6, 2018

Apa kata Al-Quran tentang PLURALISME?



Apa kata Al-Quran tentang pluralisme secara umumnya, dan secara khusus, pluralisme dalam agama?

Pluralisma adalah perkataan sensitif dan istilah yang sering diperdebatkan dikalangan pemimpin Islam dan pengikutnya. Ramai berpendapat bahawa pluralisme dalam agama atau kepercayaan bermaksud menyamakan agama atau cara hidup yang sama. Itu akan menjadi satu kesalahan nyata. Tidak ada dua agama yang sama. Malah, walaupun dalam agama seseorang sendiri terdapat perbezaan.

Saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa pengikut tegar agama lain seperti agama Kristian, Hindu dan Buddha juga akan menentang sesiapa yang mencadangkan bahawa agama mereka sama dengan semua agama lain. Hakikatnya, mencadangkan semua agama sama adalah salah secara fakta.

Pluralisme merupakan penerimaan kepelbagaian pandangan atau pendirian dan bukan pendekatan tunggal atau kaedah ke arah kehidupan. Ia adalah idea bahawa kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju, “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”. Ia adalah keupayaan untuk melihat realiti, iaitu alam semesta dan bumi yang kita diami ini merupakan reka bentuk yang pelbagai. Secara harfiah, wujudnya pelbagai agama dan pelbagai laluan/jalan hidup adalah penciptaan Tuhan sendiri dan oleh itu kita perlu belajar untuk hidup dengannya. Kita tidak mengabaikan perbezaan pelbagai agama (dan budaya). Kita cuba memahami 'kelainan' yang lain.

Ini juga bermakna bahawa pluralisme mencadangkan yang identiti agama seseorang bukan satu-satunya identiti mereka. Dalam erti kata lain, secara etnik, seseorang boleh menjadi seorang Muslim Cina dan seorang lagi Muslim Melayu atau Muslim Barat. Malah dalam masyarakat Melayu Muslim, seseorang boleh menjadi ahli parti politik yang berbeza. Juga perbezaan dalam satu profesion dan sebagainya. Pluralisme adalah keupayaan untuk menerima orang lain dan kesediaan untuk memberikan hak untuk menjadi siapa diri mereka.

Saya melihat seorang pluralis sebagai orang yang percaya, mencipta, mempromosikan dan mempertahankan sebuah masyarakat di mana dua atau lebih kumpulan agama dapat hidup bersama dengan damai dan harmoni - menyediakan suatu platform sosial yang produktif dan berkesan untuk kemanusiaan sejagat. Dalam masyarakat pluralis, kita terlibat secara aktif antara satu sama lain. Kita akui dan kita mempunyai perbezaan tanpa ada yang cuba mendominasi. Kita mengamalkan hak sama rata sebelum undang-undang tanpa sebarang perbezaan dari segi agama atau kepercayaan.

Marilah kita membenarkan Al-Quran untuk menjelaskannya.

Jadi, apa kata Al-Quran mengenai pluralisme secara umum dan secara khususnya,  pluralisme dalam agama?

Terdapat banyak ayat tentang pluralisme dalam Al-Quran, sama seperti tulisan saya sebelum ini, saya akan memilih 10 ayat Al-Quran. Semua penekanan yang kongsikan ini adalah untuk membantu para pembaca fokus terhadap mesej tertentu.

1.    Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang di bumi seluruhnya. Tetapi apakah kamu (hendak) memaksa manusia agar mereka menjadi orang-orang yang beriman? – Al-Quran 10:99

2.    (yaitu) orang-orang yang diusir dari kampung halamannya tanpa alasan yang benar, hanya karena mereka berkata, “Tuhan kami ialah Allah.” Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentu telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Allah pasti akan meno-long orang yang menolong (agama)-Nya. Sungguh, Allah Mahakuat, Mahaperkasa. – Al-Quran 22:40

3.    Dan Kami telah menurunkan Kitab (Al-Qur'an) kepadamu (Muhammad) dengan membawa kebenaran, yang membenarkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya dan menjaganya, maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah engkau mengikuti keinginan mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk setiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Kalau Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap karunia yang telah diberikan-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah kamu semua kembali, lalu diberitahukan-Nya kepadamu terhadap apa yang dahulu kamu perselisihkan. – Al-Quran 5:48

4.    Sesungguhnya orang-orang beriman, orang Yahudi, orang Sabiin, orang Nasrani, orang Majusi dan orang musyrik, Allah pasti memberi keputusan di antara mereka pada hari Kiamat. Sungguh, Allah menjadi saksi atas segala sesuatu.

5.    Dialah yang menciptakan kamu, lalu di antara kamu ada yang kafir dan di antara kamu (juga) ada yang mukmin. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. – Al-Quran 64:2

6.    Katakanlah (Muhammad), “Wahai manusia! Telah datang kepadamu kebenaran (Al-Qur'an) dari Tuhanmu, sebab itu barang siapa mendapat petunjuk, maka sebenarnya (petunjuk itu) untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barang siapa sesat, sesungguhnya kesesatannya itu (mencelakakan) dirinya sendiri. Dan Aku bukanlah pemelihara dirimu.” – Al-Quran 10:108

7.    Tidak ada paksaan dalam (menganut) agama (Islam), sesungguhnya telah jelas (perbedaan) antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat. Barang siapa ingkar kepada Tagut dan beriman kepada Allah, maka sungguh, dia telah berpegang (teguh) pada tali yang sangat kuat yang tidak akan putus. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui. – Al-Quran 2:256

8.    Dan setiap umat mempunyai kiblat yang dia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah kamu dalam kebaikan. Di mana saja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya. Sungguh, Allah Mahakuasa atas segala sesuatu. – Al-Quran 2:148

9.    Kemudian jika mereka membantah engkau (Muhammad) katakanlah, “Aku berserah diri kepada Allah dan (demikian pula) orang-orang yang mengikutiku.” Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi Kitab dan kepada orang-orang buta huruf, ”Sudahkah kamu masuk Islam?” Jika mereka masuk Islam, berarti mereka telah mendapat petunjuk, tetapi jika mereka berpaling, maka kewajibanmu hanyalah menyampaikan. Dan Allah Maha Melihat hamba-hamba-Nya. – Al-Quran 3:20

10. Katakanlah (Muhammad), “Wahai orang-orang kafir! aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah, dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukku agamaku.” – Al-Quran 109:1-6

Jika anda berminat dan tertarik dengan tema ini, sila kongsikan lebih banyak ayat Al-Quran dengan tema yang sama.

Anda juga boleh google " Apakah yang Al-Quran katakan tentang Pluralisme?" untuk mengetahui lebih lanjut 😊

Peace, anas

Ini merupakan link kepada e-book kami; Share The Quran e-book, Koleksi Ayat-ayat Al-Quran Terpilih Dalam 5 Bahasa. 


Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan kempen "Let's Read The Quran", sila klik link di bawah:


No comments: