Liberalisme adalah
perkataan sepuluh huruf tetapi kepada kebanyakan umat Islam, ia adalah
perkataan lima huruf - HARAM. Malangnya, kita melihat perkataan ini sebagai
perkataan yang buruk dan tidak selari dengan Islam.
Sebaliknya, saya melihat
Nabi Muhammad S.A.W sebagai liberator/pembebas utama manusia sedunia! Biar saya
jelaskan.
Walaupun barat dan dunia
umumnya melihat John Locke, ahli falsafah dan doktor Inggeris abad ke-17
sebagai Bapa Liberalisme, saya menjumpai “role model” liberal saya pada Nabi
Muhammad S.A.W. Dengan penuh hormat kepada John Locke, bagi saya, tidak ada
dalam sejarah yang dapat mengalahkan Nabi Muhammad S.A.W dalam pembebasan umat
manusia. Ayat-ayat Al-Quran yang dikongsi di bawah akan memberikan bukti yang kukuh.
Pertama sekali kita perlu
melihat kembali tanggapan mengenai perkataan liberal. Dengan ayat liberal, saya
tidak bermaksud liberalisme dalam pengertian longgar yang dipromosikan oleh
budaya hedonistik dan kebebasan media barat yang dipacu oleh media dan salah
faham yang dimomokkan oleh setengah umat Islam yang ada. Saya tidak meminta
atau mempromosi manusia untuk berjemur atau berlari dalam keadaan bogel. Itu
adalah idea liberalisme yang sangat cetek dan salah.
Saya mencadangkan bahawa
liberal itu adalah idea kebebasan dan hak-hak kesamaan dan keadilan , bukan kebebasan yang tidak
terkawal.
Saya mahu membebaskan
manusia supaya mengetahui potensi sebenar mereka dan meneroka bakat mereka pada tahap tertinggi.
Liberalisme yang mendorong kita untuk mendengar, menjadi yang terbaik dan
bertindak dengan empati, sama seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W -
sebagai rahmat kepada semua ciptaan Tuhan. Pembebas/Liberator sebenar dan yang terunggul.
Kita harus ingat bahawa
ketika Nabi Muhammad S.A.W mengumumkan panduan Al-Quran ini, iaitu 1400 tahun
yang lalu. Di masa dunia ini masih gelap dengan kepercayaan -kepercayaan mengarut dan manusia disana-sini ada yang di buat macam binatang. Tambahan pula, Nabi Muhammad S.A.W tidak hanya mencadangkan teori
atau falsafah tetapi bertindak dan mempraktikkan idea-idea beliau dan berjaya. Beliau telah mencipta masyarakat
liberal jauh sebelum perkataan liberal dicipta. Beliau adalah pembebas/liberator
yang memberi impak kepada masyarakat dan generasi terkemudian dari segi
pemikiran minda, fizikal dan semangat diri.
Kali ini saya akan memetik
ayat Al-Quran berdasarkan waktu atau peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W
bertindak sebagai pembebas/liberator dan berkongsi satu ayat yang
menerangkannya.
Anda boleh mencari beberapa ayat lain mengenai subjek yang sama dalam artikel lain saya di sini
Anda boleh mencari beberapa ayat lain mengenai subjek yang sama dalam artikel lain saya di sini
Saya akan kongsi 10 ayat Al-Quran dalam entri ini. Segala
penekanan yang dijelaskan adalah untuk membantu para pembaca fokus terhadap
satu-satu mesej.
1. Nabi Muhammad S.A.W membebaskan wanita menjadikan mereka sama dengan
lelaki:-
·
Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka
sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya
akan Kami beri balasan kepada mereka
dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. – Al-Quran 16:97
2. Memberi hak kepada semua orang untuk menjalankan perniagaan dan berjaya:
-
·
Barangsiapa menghendaki pahala di dunia maka ketahuilah bahwa di sisi Allah ada pahala dunia dan
akhirat. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Melihat. – Al-Quran 4:134
3. Orang-orang dibebaskan dari kepercayaan yang tidak masuk akal, atau
kepercayaan-kepercayaan mengarut, dan sebaliknya dia membimbing manusia untuk merenungkan
keajaiban penciptaan: -
·
Dan apakah orang-orang kafir tidak
mengetahui bahwa langit dan bumi keduanya dahulunya menyatu, kemudian Kami
pisahkan antara keduanya; dan Kami
jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air; maka mengapa mereka tidak
beriman? – Al-Quran 21:30
4. Memudahkan pembebasan hamba dan orang-orang dalam hutang, membantu
golongan miskin dan sebagainya sebagai tugas (Taqwa): -
·
Sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang miskin, amil zakat, yang dilunakkan hatinya
(mualaf), untuk (memerdekakan) hamba
sahaya, untuk (membebaskan) orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan
untuk orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai kewajiban dari Allah. Allah
Maha Mengetahui, Mahabijaksana. – Al-Quran 9:60
5. Orang yang dibebaskan melalui pendidikan dan menggalakkan pengejaran
pengetahuan - memberi hak kepada pendidikan untuk semua lelaki dan wanita: -
·
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang
menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah
Yang Mahamulia, Yang mengajar (manusia)
dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. –
Al-Quran 96:1-5
6. Membebaskan anak-anak yatim, golongan miskin dan yang memerlukan daripada
cengkaman kemiskinan dengan memberi mereka hak kepada kekayaan bangsa: -
·
Dan orang-orang yang dalam
hartanya disiapkan bagian tertentu, bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mau meminta). –
Al-Quran 70:24-25
7. Orang yang dibebaskan untuk memilih apa yang harus dipercayai dengan
menyatakan bahawa tidak ada paksaan dalam agama: -
·
Tidak ada paksaan dalam (menganut) agama
(Islam), sesungguhnya
telah jelas (perbedaan) antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat. Barang
siapa ingkar kepada Tagut dan beriman kepada Allah, maka sungguh, dia telah
berpegang (teguh) pada tali yang sangat kuat yang tidak akan putus. Allah Maha
Mendengar, Maha Mengetahui. – Al-Quran 2:256
8. Tempat ibadah yang dibebaskan dan menetapkan peraturan untuk melindungi
mereka: -
·
(Yaitu) orang-orang yang diusir
dari kampung halamannya tanpa alasan yang benar, hanya karena mereka berkata,
“Tuhan kami ialah Allah.” Seandainya
Allah tidak menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain,
tentu telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah
orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah.
Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sungguh, Allah
Mahakuat, Mahaperkasa. – Al-Quran 22:40
9. Memberi hak kepada semua cara hidup / iman untuk wujud bersama dengan
Islam dan menyatakan bahawa kepelbagaian agama adalah disengaja: -
·
Dan Kami telah menurunkan Kitab (Al-Qur'an) kepadamu (Muhammad) dengan
membawa kebenaran, yang membenarkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya dan
menjaganya, maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang diturunkan Allah
dan janganlah engkau mengikuti keinginan mereka dengan meninggalkan kebenaran
yang telah datang kepadamu. Untuk setiap
umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Kalau Allah
menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah
hendak menguji kamu terhadap karunia yang telah diberikan-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan.
Hanya kepada Allah kamu semua kembali, lalu diberitahukan-Nya kepadamu terhadap
apa yang dahulu kamu perselisihkan. Al-Quran 5:48
10. Mengisytiharkan bahawa Kepelbagaian dan Keterlibatan (Diversity and Inclusion) adalah cara
yang betul dan menjadikan kesedaran sebagai kriteria untuk moral: -
·
Wahai manusia! Sungguh, Kami
telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian
Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.
Sesungguhnya yang paling mulia di antara
kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha
Mengetahui, Mahateliti. – Al-Quran 49:13
Jika
anda berminat dan tertarik dengan tema ini, sila kongsikan lebih banyak ayat Al-Quran
dengan tema yang sama.
Anda juga
boleh google untuk mengetahui lebih lanjut 😊
Peace, anas
No comments:
Post a Comment