Tuesday, March 20, 2018

Apakah yang Quran katakan tentang mereka yang LIBERAL?



Liberalisme adalah perkataan sepuluh huruf tetapi kepada kebanyakan umat Islam, ia adalah perkataan lima huruf - HARAM. Malangnya, kita melihat perkataan ini sebagai perkataan yang buruk dan tidak selari dengan Islam.

Sebaliknya, saya melihat Nabi Muhammad S.A.W sebagai liberator/pembebas utama manusia sedunia! Biar saya jelaskan.

Walaupun barat dan dunia umumnya melihat John Locke, ahli falsafah dan doktor Inggeris abad ke-17 sebagai Bapa Liberalisme, saya menjumpai “role model” liberal saya pada Nabi Muhammad S.A.W. Dengan penuh hormat kepada John Locke, bagi saya, tidak ada dalam sejarah yang dapat mengalahkan Nabi Muhammad S.A.W dalam pembebasan umat manusia. Ayat-ayat Al-Quran yang dikongsi di bawah akan memberikan bukti yang kukuh.

Pertama sekali kita perlu melihat kembali tanggapan mengenai perkataan liberal. Dengan ayat liberal, saya tidak bermaksud liberalisme dalam pengertian longgar yang dipromosikan oleh budaya hedonistik dan kebebasan media barat yang dipacu oleh media dan salah faham yang dimomokkan oleh setengah umat Islam yang ada. Saya tidak meminta atau mempromosi manusia untuk berjemur atau berlari dalam keadaan bogel. Itu adalah idea liberalisme yang sangat cetek dan salah.

Saya mencadangkan bahawa liberal itu adalah idea kebebasan dan hak-hak kesamaan dan keadilan , bukan kebebasan yang tidak terkawal.

Saya mahu membebaskan manusia supaya mengetahui potensi sebenar mereka dan meneroka bakat mereka pada tahap tertinggi. Liberalisme yang mendorong kita untuk mendengar, menjadi yang terbaik dan bertindak dengan empati, sama seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W - sebagai rahmat kepada semua ciptaan Tuhan. Pembebas/Liberator sebenar dan yang terunggul.

Kita harus ingat bahawa ketika Nabi Muhammad S.A.W mengumumkan panduan Al-Quran ini, iaitu 1400 tahun yang lalu. Di masa dunia ini masih gelap dengan kepercayaan -kepercayaan mengarut dan manusia disana-sini ada yang di buat macam binatang. Tambahan pula, Nabi Muhammad S.A.W tidak hanya mencadangkan teori atau falsafah tetapi bertindak dan mempraktikkan idea-idea beliau dan berjaya. Beliau telah mencipta masyarakat liberal jauh sebelum perkataan liberal dicipta. Beliau adalah pembebas/liberator yang memberi impak kepada masyarakat dan generasi terkemudian dari segi pemikiran minda, fizikal dan semangat diri.

Kali ini saya akan memetik ayat Al-Quran berdasarkan waktu atau peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W bertindak sebagai pembebas/liberator dan berkongsi satu ayat yang menerangkannya. 

Anda boleh mencari beberapa ayat lain mengenai subjek yang sama dalam artikel lain saya di sini

Saya akan kongsi 10 ayat Al-Quran dalam entri ini. Segala penekanan yang dijelaskan adalah untuk membantu para pembaca fokus terhadap satu-satu mesej.

1.    Nabi Muhammad S.A.W membebaskan wanita menjadikan mereka sama dengan lelaki:-

·         Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.  – Al-Quran 16:97

2.    Memberi hak kepada semua orang untuk menjalankan perniagaan dan berjaya: -

·         Barangsiapa menghendaki pahala di dunia maka ketahuilah bahwa di sisi Allah ada pahala dunia dan akhirat. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Melihat. – Al-Quran 4:134

3.    Orang-orang dibebaskan dari kepercayaan yang tidak masuk akal, atau kepercayaan-kepercayaan mengarut, dan sebaliknya dia membimbing manusia untuk merenungkan keajaiban penciptaan: -

·         Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahwa langit dan bumi keduanya dahulunya menyatu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya; dan Kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air; maka mengapa mereka tidak beriman? – Al-Quran 21:30

4.    Memudahkan pembebasan hamba dan orang-orang dalam hutang, membantu golongan miskin dan sebagainya sebagai tugas (Taqwa): -

·         Sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang miskin, amil zakat, yang dilunakkan hatinya (mualaf), untuk (memerdekakan) hamba sahaya, untuk (membebaskan) orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai kewajiban dari Allah. Allah Maha Mengetahui, Mahabijaksana. – Al-Quran 9:60

5.    Orang yang dibebaskan melalui pendidikan dan menggalakkan pengejaran pengetahuan - memberi hak kepada pendidikan untuk semua lelaki dan wanita: -

·         Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Mahamulia, Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. – Al-Quran 96:1-5

6.    Membebaskan anak-anak yatim, golongan miskin dan yang memerlukan daripada cengkaman kemiskinan dengan memberi mereka hak kepada kekayaan bangsa: -

·         Dan orang-orang yang dalam hartanya disiapkan bagian tertentu, bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mau meminta). – Al-Quran 70:24-25


7.    Orang yang dibebaskan untuk memilih apa yang harus dipercayai dengan menyatakan bahawa tidak ada paksaan dalam agama: -

·         Tidak ada paksaan dalam (menganut) agama (Islam), sesungguhnya telah jelas (perbedaan) antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat. Barang siapa ingkar kepada Tagut dan beriman kepada Allah, maka sungguh, dia telah berpegang (teguh) pada tali yang sangat kuat yang tidak akan putus. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui. – Al-Quran 2:256

8.    Tempat ibadah yang dibebaskan dan menetapkan peraturan untuk melindungi mereka: -

·          (Yaitu) orang-orang yang diusir dari kampung halamannya tanpa alasan yang benar, hanya karena mereka berkata, “Tuhan kami ialah Allah.” Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentu telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sungguh, Allah Mahakuat, Mahaperkasa. – Al-Quran 22:40

9.    Memberi hak kepada semua cara hidup / iman untuk wujud bersama dengan Islam dan menyatakan bahawa kepelbagaian agama adalah disengaja: -

·         Dan Kami telah menurunkan Kitab (Al-Qur'an) kepadamu (Muhammad) dengan membawa kebenaran, yang membenarkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya dan menjaganya, maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah engkau mengikuti keinginan mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk setiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Kalau Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap karunia yang telah diberikan-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah kamu semua kembali, lalu diberitahukan-Nya kepadamu terhadap apa yang dahulu kamu perselisihkan. Al-Quran 5:48

10. Mengisytiharkan bahawa Kepelbagaian dan Keterlibatan (Diversity and Inclusion) adalah cara yang betul dan menjadikan kesedaran sebagai kriteria untuk moral: -

·         Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti. – Al-Quran 49:13

Jika anda berminat dan tertarik dengan tema ini, sila kongsikan lebih banyak ayat Al-Quran dengan tema yang sama.

Anda juga boleh google untuk mengetahui lebih lanjut 😊

Peace, anas



No comments:

Post a Comment