Jadikan Malaysia Negara Cemerlang:
Mencari motivasi dalam diri kita!*
Motivasi adalah suatu pencarian untuk memahami tindakan dan
tingkah-laku kita – mengapa kita melakukan atau tidak melakukan sesuatu, atau
mengapa kita bertindak dengan cara yang tertentu. Walaupun kita adalah manusia
yang sofistikated, sumber motivasi kita adalah agak asas. Kita boleh
membahagikannya kepada tiga daya – Penolakan (P1), Penarikan (P2) dan Peribadi
(P3).
Apakah yang dimaksudkan dengan daya Penolakan (1), Penarikan
(2) dan Peribadi (P3)?
Apabila kita menganggap bahawa tindakan dan tingkah laku
kita dipengaruhi oleh pihak ketiga seperti anggota keluarga, bos, rakan
sekerja, ahli politik atau jiran, ia dipanggil Penolakan (P1). Sebaliknya, apabila
kita berfikir bahawa ia dipengaruhi oleh persekitaran luar atau keadaan seperti
kesesakan lalu lintas, ketidakstabilan ekonomi, cuaca, umur atau kedudukan
kita, ia dinamakan Penarikan (P2). Apabila kita sedar bahawa perilaku kita
adalah berpunca daripada diri sendiri, ia dikenali sebagai Peribadi (P3). P3
adalah mengetahui dan melihat perkara-perkara dari dalam - ke luar. Apabila
kita berfikir dan bertindak dari P1 dan P2, kita menyalahkan faktor-faktor
luaran. Apabila kita melihat tindakan dan tingkah laku kita dari sudut P3, kita
mula mengambil tanggungjawab dan akibatnya kita mengambil pemilikan.
Apakah contoh P1, P2, dan P3?
Ambil ketepatan masa sebagai contoh. Jika anda terlambat
untuk temujanji dan menyalahkan pasangan atau ahli keluarga, anda adalah
seorang P1. Sebaliknya, jika anda menggunakan kesesakan lalu lintas sebagai
sebab terlambat, anda adalah orang P2. Orang P3 yang berada dalam keadaan yang
sama akan mengambil tanggungjawab, memohon maaf dan mengakui bahawa dia
sepatutnya merancang masa dengan lebih baik. Malah, orang P3 selalu menepati
masa.
Bagaimana untuk menjadi seorang P3 dan membawa perubahan?
Untuk membawa perubahan melalui P3, kita harus terlebih
dahulu percaya bahawa di penghujung hari, semua tindakan berpunca dari dalam. Sebagai
insan biasa, memang pada hakikatnya daya P1 dan P2 boleh membawa kesan kepada
pemikiran dan perasaan kita, tetapi kita tetap bertekad untuk menjadi P3. Kita
mengelak untuk menyalahkan orang dan situasi disekeliling kita. Kita
memperkasakan diri kita dengan keupayaan untuk mengambil pemilikan dan melihat
peranan kita dalam membuat sesuatu yang lebih baik. Kita percaya bahawa kita
boleh membawa perubahan dalam keadaan apa pun. Seorang P3 akan menjadi pekerja,
bos, ibu bapa, saudara, pasangan, teman, rakan sekerja dan warganegara yang
lebih baik.
Di zubedy, sumber kekuatan program latihan kami ialah
nilai-nilai murni dan tradisi yang dikongsi bersama. Kami percaya dalam hati
rakyat Malaysia, kita mahukan yang terbaik untuk setiap anak-anak Malaysia kerana
negara kita tidak akan berjaya jika ada yang tertinggal.
Kita haruslah belajar menjadi P3 untuk menjadikan Malaysia
Negara CEMERLANG.
Usahakan yang terbaik,
Hayatilah Hari Malaysia.
*Idea dalam mesej ini adalah sebahagian daripada konsep
teras program “Making A Difference through P3“ (Laksana Perubahan melalui P3)
kami.
No comments:
Post a Comment