Followers

Tuesday, September 18, 2018

Salam Hari Malaysia - Ahad di Sinar Harian

Dato’ Sudirman bin Haji Arshad (25 Mei 1954 – 22 Februari 1992) yang digelar “Singing Lawyer” dan  “Seniman Rakyat”. Kaulah penyatu kami dan kami merinduimu.


Jadikan Malaysia Negara Cemerlang:
Mencari motivasi dalam diri kita!*

Motivasi adalah suatu pencarian untuk memahami tindakan dan tingkah-laku kita – mengapa kita melakukan atau tidak melakukan sesuatu, atau mengapa kita bertindak dengan cara yang tertentu. Walaupun kita adalah manusia yang sofistikated, sumber motivasi kita adalah agak asas. Kita boleh membahagikannya kepada tiga daya – Penolakan (P1), Penarikan (P2) dan Peribadi (P3).

Apakah yang dimaksudkan dengan daya Penolakan (1), Penarikan (2) dan Peribadi (P3)?

Apabila kita menganggap bahawa tindakan dan tingkah laku kita dipengaruhi oleh pihak ketiga seperti anggota keluarga, bos, rakan sekerja, ahli politik atau jiran, ia dipanggil Penolakan (P1). Sebaliknya, apabila kita berfikir bahawa ia dipengaruhi oleh persekitaran luar atau keadaan seperti kesesakan lalu lintas, ketidakstabilan ekonomi, cuaca, umur atau kedudukan kita, ia dinamakan Penarikan (P2). Apabila kita sedar bahawa perilaku kita adalah berpunca daripada diri sendiri, ia dikenali sebagai Peribadi (P3). P3 adalah mengetahui dan melihat perkara-perkara dari dalam - ke luar. Apabila kita berfikir dan bertindak dari P1 dan P2, kita menyalahkan faktor-faktor luaran. Apabila kita melihat tindakan dan tingkah laku kita dari sudut P3, kita mula mengambil tanggungjawab dan akibatnya kita mengambil pemilikan.

Apakah contoh P1, P2, dan P3?

Ambil ketepatan masa sebagai contoh. Jika anda terlambat untuk temujanji dan menyalahkan pasangan atau ahli keluarga, anda adalah seorang P1. Sebaliknya, jika anda menggunakan kesesakan lalu lintas sebagai sebab terlambat, anda adalah orang P2. Orang P3 yang berada dalam keadaan yang sama akan mengambil tanggungjawab, memohon maaf dan mengakui bahawa dia sepatutnya merancang masa dengan lebih baik. Malah, orang P3 selalu menepati masa.

Bagaimana untuk menjadi seorang P3 dan membawa perubahan?

Untuk membawa perubahan melalui P3, kita harus terlebih dahulu percaya bahawa di penghujung hari, semua tindakan berpunca dari dalam. Sebagai insan biasa, memang pada hakikatnya daya P1 dan P2 boleh membawa kesan kepada pemikiran dan perasaan kita, tetapi kita tetap bertekad untuk menjadi P3. Kita mengelak untuk menyalahkan orang dan situasi disekeliling kita. Kita memperkasakan diri kita dengan keupayaan untuk mengambil pemilikan dan melihat peranan kita dalam membuat sesuatu yang lebih baik. Kita percaya bahawa kita boleh membawa perubahan dalam keadaan apa pun. Seorang P3 akan menjadi pekerja, bos, ibu bapa, saudara, pasangan, teman, rakan sekerja dan warganegara yang lebih baik.

Di zubedy, sumber kekuatan program latihan kami ialah nilai-nilai murni dan tradisi yang dikongsi bersama. Kami percaya dalam hati rakyat Malaysia, kita mahukan yang terbaik untuk setiap anak-anak Malaysia kerana negara kita tidak akan berjaya jika ada yang tertinggal.

Kita haruslah belajar menjadi P3 untuk menjadikan Malaysia Negara CEMERLANG.

Usahakan yang terbaik,
Hayatilah Hari Malaysia.

*Idea dalam mesej ini adalah sebahagian daripada konsep teras program “Making A Difference through P3“ (Laksana Perubahan melalui P3) kami.





No comments: