Surat terbuka kepada Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Harussani Bin Haji Zakaria.
Assalamualaikum Tan Sri.
Saya merujuk kepada kenyataan rasmi Tan Sri bil 2/2019 yang
bertajuk ISU PENGHINAAN KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W.
Dan
tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang
lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan
seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.
Sifat-sifat
yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan
tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang
besar.
Quran
41: 34-35
Sebagai seorang Islam, kita memang paling tidak suka apabila Nabi
kita di hina dan di fitnah. Nabi Muhammad dan semua Nabi-nabi kita merupakan
junjungan mulia dan agung kepada sekalian umat Islam dari dulu, sehingga sekarang
dan selama-lamanya. Kita memang akan marah dan dan kesal dengan penghinaan-penghinaan
tersebut.
Walaupun begitu, sebagai seorang Islam yang berpalingkan Al Quran
dan yang menurut contoh Nabi, kita tidak mahu tidak mesti kawal perasaan kita
dan merujuk kepada Allah dan Rasulnya cara-cara untuk menangani isu sensitif sebegini.
Kita mesti berbalik kepada Al Quran.
Kedua-dua ayat dari surah Al Fussilat di atas boleh dijadikan
pembuka reaksi kita.
Saya ingin juga memohon kepada Tan Sri dan sekalian umat Islam
untuk mencontohi dan belajar sikap Nabi kita Nabi Muhammad atas Abu Lahab. Kisah
Abu Lahab dan isterinya Umm Jameel yang terkandung dalam al-Quran haruslah
diambil sebagai panduan. Abu Lahab adalah satu-satunya musuh Islam yang dilaknat
oleh Al Quran dengan nama. Abu Lahablah yang telah menghina Nabi kita
seterhina-terhinanya.
Pendek kata, tauladan Quran dan Rasulullah dalam menghadapi Abu
Lahab seharusnya menjadi piawaian dan tatacara berhadapan dengan individu yang
memusuhi Islam seperti mereka yang baru-baru ini menghina Nabi kita di laman
web.
Sepertimana kita ketahui, Abu Lahab nekad mengekori Rasulullah ke
mana sahaja Baginda pergi. Dia bersungguh-sungguh mengalakkan orang ramai untuk
mengabaikan dan tidak mengendahkan Rasulullah. Abu Lahab juga telah mengejar
dan membaling batu untuk menghentikan dakwah Rasulullah.
Walau bagaimanapun, Baginda langsung tidak menyeru untuk menghukum
Abu Lahab. Undang-undang shariah dan tradisi asabiyah Arab langsung tidak
digunakan ke atasnya; tiada ugutan, tiada cemuhan. Tambahan lagi setelah Abu
Lahab melempari hadapan rumah Nabi dengan kotoran, anak bongsu Baginda Fatimah
menangis melihat nasib ayahnya yang terhina. Namun Baginda tidak mendorong api
kebencian dalam hati Fatimah, malahan menenangkan dan menasihatkan anaknya
supaya mengamal sifat sabar dan pemaaf seperti yang dianjurkan oleh Islam. Yang
ada hanyalah janji Allah bahawa Abu Lahab dan isterinya akan sengsara di
akhirat.
Marilah kita ikut Nabi. Marilah kita rujuk AlQuran supaya kita
menjadi “orang-orang yang mempunyai
keuntungan yang besar.”
Dimanakah Islam kita kalau kita tidak mencontohi sikap Nabi dan
rela mengambil tempatnya dalam menyebarkan rahmat ke semesta alam?
Maka
disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka.
Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan
diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi
mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila
kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya
Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
Quran
3:159
Dan
tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta
alam.
Quran
21:107
Salam
Anas Zubedy
Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment