Followers

Friday, November 25, 2022

THE GREEN TSUNAMI?




THE GREEN TSUNAMI? 

GO here https://www.facebook.com/realchunwai/videos/3015191745439929

I have for some time wrote that Malaysia will turn more and more "Islamic" as a foregone conclusion. 

So what is next? 

Do watch the above  interview and read the 2013 article below.

http://letusaddvalue.blogspot.com/2013/05/a-stronger-islamic-flavour-after-ge13.html 

Peace, anas

Wednesday, November 23, 2022

“WHAT DOES TOP MANAGEMENT LOOK FOR IN TALENTS”



Tomorrow 24/11/2022 Thursday 8:00 pm

“WHAT DOES TOP MANAGEMENT LOOK FOR IN TALENTS”

Leadership and Social Innovation webinar.

Registration link: https://bit.ly/LSI03REG

Zoom Link : https://bit.ly/LSI03ZOOM

Meeting ID: 958 9063 8128

Passcode: LSI03

Join Asrif, Bhuvanes, Ben and I in sharing our thoughts about Top Talents.

Peace, anas


Friday, November 18, 2022

FOKUS KEPADA CABARAN BUKAN PARTI - Dr Chandra Muzaffar

Terlebih dahulu, saya ingin meminta maaf kerana lambat menyampaikan mesej kepada para pengundi seperti kelaziman setiap kali Pilihanraya Umum negara ini kerana saya berdepan dengan masalah kesihatan dan baru sahaja keluar dari menerima rawatan di hospital. Walaupun mengalami kekangan, saya berasa terpanggil kerana saya menyedari kepentingan untuk menyampaikan mesej ini demi masa hadapan rakyat dan generasi akan datang.

Artikel ini tidak akan menyentuh mengenai parti-parti politik yang terlibat atau calon- calon yang bertanding sebaliknya saya mahu mengupas dan memfokuskan kepada 5 isu utama yang mendepani negara ini serta cabarannya.
Lima isu utama yang saya maksudkan ialah rasuah, tanggungjawab dan hak, hubungan kaum dan keharmonian ,ekonomi adil dan maju dan perubahan global dan serantau.
Isu pertama ialah rasuah. Kita sedia maklum rasuah umpama barah dalam membentuk masyarakat yang membangun. Permasalahan memang perlu dibanteras demi kemaslahatan negara ini. Ia bukanlah isu enteng dan memerlukan iltizam yg luar biasa di kalangan kepimpinan dan semua lapisan rakyat. Pada pendapat saya, amalan retorik bukanlah kaedah yang berkesan untuk mengatasinya. Undang-undang atau peraturan yang mengawal selia pembiayaan politik perlu digubal.
Isu kedua yang saya ingin tekankan ialah mengenai tanggungjawab dan hak sebagai rakyat Malaysia. Rakyat harus memahami tidak ada hak tanpa tanggungjawab. Sebahagian rakyat begitu lantang menyuarakan hak mereka tetapi mengabaikan tanggungjawab memahami dan menghargai asal-usul negara, latarbelakang dan evolusinya.
Pada pendapat saya, hubungan antara kaum adalah sesuatu yang sangat perlu dititik beratkan. Hubungan yang kukuh perlu dipupuk berdasarkan sifat kemanusiaan kita dan kewarganegaraan yang sama. Nilai-nilai bersama harus diutamakan . Penghormatan yang ikhlas antara kaum perlu diterapkan demi membentuk sebuah masyarakat yang harmoni.
Ekonomi adil dan maju merupakan satu isu yang perlu digapai dan diberi perhatian khusus. Jurang perbezaan di antara golongan kaya dan miskin perlu dikurangkan. Sifat memonopoli kekayaan oleh segelintir rakyat juga perlu dihapuskan. Untuk merealisasikan kesaksamaan ekonomi, asas berdikari dalam ekonomi dan masyarakat perlu ditingkatkan. Rantaian bekalan makanan serta keselamatan sumber makanan perlu dikukuhkan. Sumber-sumber ekonomi baharu hasil daripada khazanah semulajadi negara juga perlu dimajukan. Selain itu, pemperkasaan syarikat-syarikat kerjasama (cooperatives) juga boleh diambil sebagai salah satu pendekatan ekonomi. Jaringan ekonomi serantau dan global juga boleh dijalinkan untuk merencanakan kemakmuran ekonomi nasional.
Kita tidak boleh lari dari perubahan sistem global. Pertembungan di antara ‘unipolar world’ yang diketuai oleh Amerika Syarikat serta sekutunya dan ‘multipolar world’ yang dipelopori oleh China. Multipolar world lebih adil dan telus untuk negara-negara seperti Malaysia. Kita harus menyokong usaha ini melalui rancangan-rancangan seperti ‘The Belt-Road Initiative.’ Amerika Syarikat cuba menggagalkan multipolar world melalui politik penggulingan pemimpin-pemimpin yang berjiwa merdeka (regime change) seperti yang berlaku di Pakistan. Kita juga harus berwaspada dengan ancaman ini.
Kita tidak boleh menyokong unipolar world yang membawa banyak malapetaka kepada dunia. Unipolar world dan kuasa Amerika Syarikat yang membawa bencana seperti pengabdian rakyat Palestin dan kehancuran beberapa negara Muslim seperti Iraq, Libya, Syria, Yaman dan Afghanistan. Kuasa Amerika Syarikat menyasarkan kebangkitan China sebagai satu cabaran utama yang perlu dihapuskan. Rakyat yang beragama Islam dan kaum Cina di Malaysia harus memahami hakikat ini dan mendirikan benteng bersama mempertahankan kedaulatan negara.
Pengundi-pengundi Malaysia pada 19 November harus memahami segala isu dan cabaran global, serantau dan nasional dan menggunakan undi mereka secara bijak dan matang. Jangan kita menjadi seperti pepatah Melayu, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak beguna.
Sekiranya kita gagal memilih kerajaan yang sanggup menghadapi cabaran-cabaran yang dibincangkan atau kita gagal mendirikan kerajaan yang stabil selepas 19 November, kita tidak harus merasa kecewa. Kita mempunyai satu lagi pilihan untuk negara ini.
Pemimpin-pemimpin tiga gabungan utama di Semenanjung dan pemimpin-pemimpin di Sabah dan Sarawak boleh berunding sesama sendiri dan cuba mendirikan sebuah kerajaan MUAFAKAT. Politik negara kita selama ini bercirikan ‘Politik Keseteruan’ (Adversarial Politics) seperti di kebanyakan negara lain. Apa salahnya sekiranya dalam tempoh 5 tahun akan datang ini kita cuba politik muafakat dimana semua parti politik dan pemimpin politik memberi tumpuan kepada cabaran-cabaran bersama dan mengenepikan kepentingan kepartian dan individu? Mungkin melalui cara ini kita dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat jelata.
Chandra Muzaffar.
Ahli Sains Politik
Kuala Lumpur
17 November 2022.

Wednesday, November 16, 2022

PILIH CALON, BUKAN PARTI


CLICK HERE FOR VIDEO 


Salam Sejahtera,
Untuk kali ini, MARI KITA PILIH CALON DULU, bukan parti politiknya.
Dua sebab utama,
1) Kita mulakan budaya baru memaksa semua parti politik menawarkan kita hanya calon yang bijak, bersih dan bebas rasuah. Budaya ini lama-lama akan melahirkan pemimpin-pemimpin negara yang handal dan berintegriti tak kira parti.
2) Bila kita memastikan hanya pemimpin yang bijak, bersih dan bebas rasuah menang, mereka akan lebih berpengaruh di dalam parti mereka dan akan dapat membersihkan parti mereka dari rasuah dan penipuan.
Jika dikawasan anda semua calon yang bertanding adalah bijak, bersih dan bebas rasuah, pilihlah dari parti yang anda sokong.
Terima Kasih. Salam, anas

Monday, October 31, 2022

GE15 AND COALITION POLITICS IN MALAYSIA


“What if it is a hung parliament? What role will Sabah and Sarawak play in our Coalition Politics after GE15? How does Coalition Politics and Malaysia’s future look like"

Prof. Shad, Prof James Chin and Dr Chandra will be unpacking these in 3 days’ time on Thursday November 3rd , 8pm .

Join us …

Registration link:

 https://bit.ly/MPPINOV22_REG

Zoom Link :  https://bit.ly/MPPINOV22_ZOOM

Meeting ID: 944 6471 8860

Passcode: 657518

Peace, anas

 

Sunday, October 23, 2022

HAVE A MEANINGFUL DEEPAVALI - Equality versus Equity



Why pay more attention to EQUITY instead of EQUALITY?
When Gandhi spoke about EQUALITY, he also stressed on EQUITY - being just and fair. Gandhi knew that equality in the loose sense will favour the rich and powerful at the expense of the poor and weak. That is why, no nation that has ‘the haves and the have nots’ can do without affirmative action or positive discrimination.
While equality means each one of us are given the same resources and opportunities, equity recognizes that each person or community has different circumstances. Equity sought to take action and create an environment and the opportunities needed to correct the imbalances through the setting of policies and platforms for a just and better outcome. As such, simply stressing on equality is myopic.
For equity to work, it is not enough to not only cater to issues made visible through numbers and figures but must also address underlying historical socio-economic and socio-cultural issues catering to the specifics.
Take for example the poor Malaysian Tamils displaced from the estates – they are totally uprooted, landless, without education and useful skills, and limited by communication barriers. Trapped in the cycle of poverty, they and their children warrant specific attention and support from homes to schools to jobs.
Similarly, we cannot equate the urban poor with the rural poor. They may earn the same, but their challenges are not. We need to be equitable, not equal.
Equality is the mantra of the rich and powerful, unconscious and uninformed. Equity is the language and the hope of the poor, mindful, knowledgeable and the kind hearted.
Pushing for EQUALITY is the act of demanding for more on behalf of greed. Fighting for EQUITY is putting justice into action on behalf of mercy and smart economics.
Let us add value,
Have a Meaningful Deepavali
Peace, anas

Monday, October 17, 2022

PELANCARAN - SATU JARI BEBAS RASUAH!

 SATU JARI BEBAS RASUAH!


Ini adalah kempen pemerkasaan rakyat dalam undi Pilihan Raya Umum ke-15, menyampaikan mesej dan motivasi kepada rakyat untuk menghargai nilai setiap satu undi.



Saksikan SECARA LANGSUNG ESOK jam 10 pagi di platform media sosial Rasuah Busters, Sinar Harian dan Astro Awani (Saluran 501).


#RasuahBusters #SatuJari #TolakCalonKorup #MalaysiaTanpaRasuah