Pada tahun
2009, saya bersama beberapa rakan saya telah melancarkan sebuah kempen untuk
menggalakkan orang ramai untuk membaca Al-Quran dalam bahasa yang dikenali
iaitu Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Saya merasakan
bahawa bulan Ramadhan 2015 merupakan waktu yang terbaik untuk mengadakan kempen
ini lagi.
Jika anda
berminat, sila hubungi saya melalui Facebook atau emel saya di anas@zubedy.com
Seperti kempen
yang lalu, kempen ini bukan sahaja untuk golongan Muslim tetapi juga untuk
saudara dan saudari yang beragama Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan sesiapa
sahaja yang mempercayai adanya Tuhan tetapi tidak mengikuti apa-apa agama. Idea
kempen ini adalah untuk berkongsi idea. Malah, si ateis juga boleh menyertai–
asalkan kita ada niat yang baik dan ingin mencari kebenaran dengan ikhlas.
Matlamat kempen ini adalah menggalakkan orang ramai untuk membaca Al-Quran
dalam bahasa yang difahami dan mendapat nilai yang sama dalam kehidupan seharian
kita.
Objektif?
- Baca dan
fahami Al-Quran dalam bahasa yang kita fahami.
Bila?
- Ramadhan
hingga Aidilfitri 2015 (18 Jun hingga 17 Julai 2015)
Di mana?
- Facebook,
Twitter, Instagram, Blog, Artikel, dll. Sila guna hashtag #LRTQ2015 di Facebook, Twitter dan Instagram.
Siapa?
- Sesiapa
sahaja yang mempunyai niat yang positif – lebih ramai orang, lebih baik!
Bagaimana?
- Baca
Al-Quran dalam bahasa yang anda fahami – daripada buku, internet, dll.
- Tulis, pos atau kongsi ayat-ayat Al-Quran atau artikel
pendek berdasarkan teks Al-Quran – sama ada artikel anda sendiri atau artikel
yang anda baca.
- Bertanya soalan mengenai mesej Al-Quran,
memikir, muhasabah diri dan mencadangkan idea-idea dan perasaan anda.
Salam dan terima kasih,
Salam dan terima kasih,
Anas Zubedy
No comments:
Post a Comment