PETALING JAYA, 25 Ogos (Bernama) -- Kesederhanaan adalah
satu-stunya cara untuk meraikan kepelbagaian dan memupuk keadilan di negara
ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.
"Jika kita impikan masa depan yang harmoni dan aman, ia
hanya boleh dicapai melalui sikap sederhana. Kita perlu mempunyai toleransi
sifar terhadap ketaksuban agama dan faham pelampau," katanya.
Ketika melancarkan kempen #'SaySomethingNice' di INTI
International College di sini hari ini, Kurup berkata kesederhanaan, dalam erti
kata sebenarnya, boleh mewujudkan platform untuk manusia membina keyakinan
teguh terhadap rukun agama mereka serta untuk menjalani kehidupan dengan cara
yang benar-benar aman dan harmoni bersama orang lain.
Kempen anjuran Zubedy (M) Sdn Bhd itu bertujuan memanfaatkan
tempoh antara 31 Ogos (Hari Kebangsaan) hingga 16 Sept (Hari Malaysia) sebagai
waktu "keamanan dan kepositifan".
Dalam tempoh kempen itu, rakyat Malaysia akan digalak
mempamerkan semua yang terbaik tentang Malaysia melalui medium pilihan
masing-masing, kata pengarah urusan Zubedy, Anas Zubedy.
No comments:
Post a Comment