Jadikan
Malaysia Negara CEMERLANG:
Tangani
Masalah Memulakan Langkah Pertama*
Dalam mesej sebelum ini, kita berbincang tentang
Sempadan Palsu - satu tindak balas automatik bermula di minda yang berikan kita
alasan seolah-olahnya wajar untuk tidak bertindak. Mesej kali ini, kami
kongsikan dengan anda bagaimana menghalang Sempadan Palsu sebelum ia menyerang
kita dengan menangani Masalah Memulakan Langkah Pertama.
1. Apa itu Masalah Memulakan Langkah Pertama?
Pernahkah
anda beli buku tapi tak baca pun lagi? Ada tak benda yang perlu dibaiki di
rumah sejak berbulan lamanya – mentol rosak mungkin? Anda mahu telefon ibu bapa
atau orang tersayang tapi tak buat? Anda ada niat nak sambung belajar tapi tak
sambung? Mahu daftar pemilih tapi belum daftar? Atau tak boleh berhenti melayan
Facebook atau main permainan komputer walaupun waktu tidur anda sudah lama
berlalu? Ini semua adalah contoh Masalah Memulakan Langkah Pertama.
2. Kenapa dengan Masalah Memulakan Langkah
Pertama?
Ia
memang wujud dalam diri kita. Kita cenderung untuk tak memulakan langkah
pertama. Ramai orang tak sedar akan masalah ini. Ia bukan seperti sikap
berlengah-lengah walaupun ia mengakibatkan berlakunya kelambatan atau tiada
tindakan langsung. Sikap berlengah-lengah mungkin menyerang mereka yang kurang
kemahiran, ada perasaan takut, kurang motivasi dan mereka yang sentiasa
inginkan kesempurnaan. Masalah Memulakan Langkah Pertama menyerang semua orang
termasuk mereka yang tidak mempunyai simptom-simptom tersebut. Orang yang
berlengah tahu yang mereka sedang melengahkan kerja; kita tak sedar yang kita
ada Masalah Memulakan Langkah Pertama.
3. Bagaimana menangani MASALAH MEMULAKAN
LANGKAH PERTAMA lantas MENGAMBIL LANGKAH PERTAMA?
Pertama
sekali, sedar akan wujudnya masalah ini. Akui yang kita ada masalah ini.
Setelah kita sedar, kita dapat atasinya dengan mengikut moto, “Lakukan Saja.”
Senaraikan semua tugas sama ada kecil atau besar yang kita perlu buat dalam
senarai tugas harian (to-do list) dan
mulakan tindakan. Ya, elakkan terlalu banyak berfikir, lakukan saja! – AMBIL
LANGKAH PERTAMA! dan kecapi kejayaan.
Di zubedy, sumber
kekuatan program latihan kami ialah nilai-nilai murni dan tradisi yang dikongsi
bersama. Kami percaya dalam hati rakyat Malaysia, kita mahukan yang terbaik untuk
setiap anak-anak Malaysia kerana negara kita tidak akan berjaya jika ada yang
tertinggal.
Mulakan Langkah Pertama dan jadikan Malaysia Negara CEMERLANG.
Usahakan yang terbaik,
Salam Wesak.
*Idea
dalam mesej ini adalah sebahagian daripada konsep teras program Making A
Difference through P3 (Laksana Perubahan melalui P3) kami.
U-Thant
(1909 - 1974) merupakan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang
ketiga. Kehidupan beliau ialah sebuah kisah kejayaan seorang lelaki yang
Memulakan Langkah Pertama untuk mewujudkan keamanan dan menjadikan dunia tempat
yang lebih baik. Beliau merencanakan perundingan dalam Krisis Peluru Berpandu
Cuba dan berjaya mengelakkan satu malapetaka global daripada berlaku.
No comments:
Post a Comment