Jadikan
Malaysia Negara CEMERLANG:
Pimpin
dengan Menghapuskan Ketidakpastian*
Untuk jadikan Malaysia Negara Cemerlang, kita perlukan
pemimpin yang efektif di semua peringkat. Pemimpin yang boleh menghapuskan ketidakpastian. Mereka yang
mampu membawa visi dan matlamat yang rakyat Malaysia impikan dan pada masa yang
sama dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi pada hari ini. Pemimpin yang boleh
melahirkan kerelaan dalam hati rakyat untuk bertindak secara bertanggungjawab
dan beretika demi faedah bersama.
1. Apakah itu pemimpin?
Apakah
perbezaan asas antara seorang pemimpin dan pengikut? Secara mudahnya, pemimpin
ada pengikut. Maka, untuk mengenali apakah itu pemimpin, kita mesti mengkaji kenapa
seseorang manusia itu rela mengikut manusia yang lain. Kunci jawapannya ada
pada prinsip followership iaitu
psikologi dalam kerelaan mengikut. Setelah kita faham psikologi ini, kita akan dapat
kenal pasti rahsia kepimpinan.
2. Kenapa seseorang manusia itu rela mengikut
manusia lain?
Adakah
sebab karisma? Suri teladan? Kepandaian? Kewarakan? Wang? Kuasa? Jenama? Umur?
Keturunan dan sebagainya? Tidak. Itu semua hanya alat untuk memimpin; kaedah-kaedah
yang boleh digunakan untuk menghapuskan
ketidakpastian dalam minda pengikut. Misal kata kita terperangkap dalam
kebakaran, kita rela ikut budak yang hanya berumur 10 tahun jika dia dapat tunjukkan
jalan keluar yang pasti. Ini menunjukkan
bahawa sesiapa saja boleh menjadi pemimpin asalkan dia dapat menghapuskan
ketidakpastian. Pemimpin yang dapat menghapuskan ketidakpastian akan berjaya.
Kalau tak, dia akan ditinggalkan pengikutnya.
3. Bagaimana menghapuskan ketidakpastian?
Amalkan
sifat amanah dan bersih. Bina kepercayaan dalam kalangan pengikut melalui
hubungan yang jujur, berintegriti dan beretika. Penuhi semua janji. Jangan
balas kejahatan dengan kejahatan. Sentiasa fokus pada arah tuju yang ditetapkan
dan sedia beristiqamah untuk mempertahankan nilai-nilai murni tersebut walaupun
dilanda kesukaran dan cabaran yang menggunung. Konsisten selalu dan jangan
flip-flop. Adakah anda akan terus bertindak untuk menghabiskan kerja kalau bos
asyik-asyik ubah arahan dan tidak pasti?
Di zubedy, sumber
kekuatan program latihan kami ialah nilai-nilai murni dan tradisi yang dikongsi
bersama. Kami percaya dalam hati rakyat Malaysia, kita mahukan yang terbaik untuk
setiap anak-anak Malaysia kerana negara kita tidak akan berjaya jika ada yang
tertinggal.
Kita semua harus Hapuskan Ketidakpastian dan
jadikan Malaysia Negara CEMERLANG.
Usahakan yang terbaik,
Salam Aidilfitri.
*Idea
dalam mesej ini adalah sebahagian daripada konsep teras program Making A
Difference through P3 (Laksana Perubahan melalui P3) kami.