Followers

Friday, September 15, 2017

Salam Hari Malaysia - Jumaat di Sinar Harian

Salam Hari Malaysia


Jadikan Malaysia Negara CEMERLANG:
Jikalau ingin menjadi gembira,
jadikan Matlamat itu, matlamat anda.*


Anda ingin gembira di tempat kerja? Jadikan matlamat organisasi anda, matlamat anda. Anda ingin bahagia di rumah? Jadikan matlamat keluarga anda, matlamat anda. Anda ingin menjadi rakyat Malaysia yang tidak kecewa? Jadikan cita-cita Rukun Negara, matlamat anda.

1. Kenapa kita perlu menjadikan Matlamat itu, matlamat kita?

Adakah anda selalu berasa tidak gembira dan tidak berpuas hati walaupun setelah menghabiskan kerja dengan baik, dan berkerja lebih masa? Jika ya, anda adalah antara satu dalam jutaan yang belum lagi memahami cara untuk menjadikan matlamat organisasi dan bos anda, matlamat anda. Di rumah, jika kita gagal untuk menjadikan matlamat keluarga kita sebagai, matlamat kita, tugasan yang senang pun akan nampak payah. Sebagai rakyat Malaysia, kegagalan untuk menerima dan menghayati cita-cita Rukun Negara boleh membuat ramai di kalangan kita tidak berpuas hati atau baran hanya kerana mereka bimbang dengan satu atau dua idea yang terdapat di dalam prinsip tersebut.

2. Bagaimana untuk menjadikan Matlamat itu, matlamat anda?

Pertama sekali, anda harus cuba untuk memahami gambaran besar dan faham bagaimana ia boleh disesuaikan dengan sudut pandang dunia anda. Kedua, cari jalan untuk menyelarikan matlamat tersebut dengan matlamat anda. Ketiga, cari jalan untuk berkompromi sekiranya ia bercanggah dengan prinsip anda. Keempat, selalu memilih maksud dan penjelasan terbaik – melihat kepada yang positif dan elakkan menjadi seseorang yang suka bercanggah. Kelima, belajar menghormati orang lain dan memahami bahawa anda mungkin tidak arif gambaran besar tersebut serta mungkin anda tiada akses mengenai maklumat dalaman. Akhir sekali, periksa jika matlamat tersebut melanggar perkara 3 dibawah.

3. Bila anda boleh memilih untuk TIDAK menjadikan Matlamat tersebut, matlamat anda?

Apabila matlamat tersebut tidak beretika, apabila ia salah disisi undang-undang, apabila matlamat tersebut boleh membahayakan anda atau orang lain, apabila ia bercanggah dengan nilai utama anda. Hanya apabila matlamat tersebut tidak memenuhi kriteria-kriteria ini, maka adalah wajar untuk menjadikan matlamat tersebut, matlamat anda, menjadi produktif, memastikan semua kerja menjadi kenyataan dan anda sentiasa gembira    . 

Di zubedy, sumber kekuatan program latihan kami ialah nilai-nilai murni dan tradisi yang dikongsi bersama. Kami percaya dalam hati rakyat Malaysia, kita mahukan yang terbaik untuk setiap anak-anak Malaysia kerana negara kita tidak akan berjaya jika ada yang tertinggal.

Anda dan saya, haruslah menjadikan cita-cita Rukun Negara, sebagai matlamat kita dan menjadikan Malaysia CEMERLANG.
               
Usahakan yang terbaik,
Hayatilah Hari Malaysia!


*Idea dalam mesej ini adalah sebahagian daripada konsep teras program “Making A Difference through P3“ (Laksana Perubahan melalui P3) kami.


No comments: