Kempen Let’s Read The Quran
2018
Dari 1 Mac
hingga 31 Mac 2018
LATAR
BELAKANG
Kempen Let’s Read The Quran ini telah dimulakan pada 2009 oleh sekumpulan
kawan. Kami telah menerima tarikan serta penyertaan yang baik semasa kempen
tersebut dimana lebih daripada 50 orang ‘blogger’ telah membawa logo serta
artikel kami. Pada tahun 2016, kempen ini telah dibawa ke tahap yang lebih
tinggi dengan penyertaan oleh media dan kumpulan penyokong yang lebih besar.
Kempen ini adalah
bertujuan untuk menggalakkan orang ramai untuk membaca Al-Quran dalam bahasa
yang mudah mereka fahami. Kempen ini terbuka kepada semua Islam dan Bukan
Islam. Kami mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai kempen ini.
Pada tahun ini, kempen Let’s Read The
Quran ini akan dipaparkan dari sudut pandangan yang berbeza. Kami percaya
bahawa dengan mendapatkan penyumbang kami untuk berkongsi kisah mereka tentang
bagaimana Al-Quran berkaitan dengan mereka, akan dapat membantu memberi
inspirasi kepada orang lain, baik yang Islam dan bukan Islam, untuk berhubung dengan
Al-Quran.
Visi kami adalah untuk menjadikan
kempen ini satu usaha biennial (setiap dua tahun), seterusnya menjadi satu
kempen yang diiktiraf sebagai satu kempen yang menransang Muslim dan juga orang
lain untuk membaca dan memahami Al-Quran. Kami berharap Malaysia akan menjadi
pemimpin dalam menggalakkan dunia untuk membaca, memahami serta menghargai
Al-Quran dari akar umbi.
VISI
Untuk menjadikan
Al-Quran dibaca dan difahami.
MISI
/ KENAPA?
1. Untuk
mendemokrasikan Al-Quran.
2. Untuk
menjadikan setiap Orang Islam sebagai seorang pelajar Al-Quran.
3. Untuk
menggalakkan Orang Bukan Islam untuk melihat Al-Quran sebagai satu dokumen
universal.
4. Untuk
mendekatkan nilai-nilai daripada Al-Quran kedalam kehidupan seharian Muslim.
5. Untuk
menggalakkan orang ramai untuk membaca Al-Quran setiap hari, walaupun hanya
satu ayat sehari.
6. Untuk
menjemput Orang Bukan Islam untuk sama-sama menyertai Orang Islam untuk
membincangkan perihal Al-Quran.
BILAKAH
KEMPEN INI AKAN BERMULA DAN BERAKHIR?
1 Mac
2018 – 31 Mac 2018.
BAGAIMANA?
Berikut merupakan aktiviti utama sepanjang kempen
ini:
1. Melalui laman media sosial seperti Facebook,
Instagram, Twitter, blogs dan lain-lain.
2. 31 ‘featured
stories’ daripada 31 tokoh terkemuka seperti ahli politik, aktivis sosial,
selebriti, atlet, pemimpin agama dan perniagaan termasuk bukan Islam.
3. Memuatnaik video
interview bagi kesemua 31 penyumbang tersebut ke laman media sosial.
4. Perkongsian artikel-artikel melalui laman media sosial.
5. Perkongsian harian akan ayat-ayat Al-Quran di laman media sosial oleh
individu-individu terkemuka dan ‘social media influencers’.
6. Mengadakan diskusi berkumpulan bagi membincangkan ayat-ayat Al-Quran
mudah Bersama dengan rakan-rakan dan kenalan.
Berikut merupakan aktiviti sokongan sepanjang
kempen ini:
1. Perkongsian harian akan ayat-ayat Al-Quran di laman media sosial.
2. Memuatnaik gambar dengan ayat-ayat Al-Quran dan maksudnya ke Instagram.
3. Sedekah ayat Al-Quran yang telah diterjemah melalui Whatsapp dan laman media sosial.
4. Menggalakkan orang ramai untuk berkongsi akan ayat-ayat Al-Quran
kegemaran mereka.
5. Berkongsi Indeks Al-Quran dengan rakan dan keluarga.
6. Menggalakkan penyertaan dari individu dan kumpulan di peringkat
antarabangsa.
7. Menulis, menyiarkan dan berkongsi artikel-artikel pendek berkaitan
dengan Al-Quran; baik artikel asal tulisan anda atau artikel yang telah anda
baca.
8. Bertanya soalan mengenai mesej al-Quran, renungkan, cerminkan dan cadangkan
fikiran dan perasaan anda terhadap mesej-mesej tersebut.
SKOP
KEMPEN
1. Kempen
inisiatif anak Malaysia.
2. Berdasarkan media
sosial dengan orang ramai yang menggalakkan, berkongsi pendapat mereka mengenai
Al-Quran dan bagaimana Al-Quran boleh diterapkan dalam kehidupan seharian
mereka.
3. Menyasarkan semua peringkat hingga ke orang awam.
4. Hashtag # LRTQ2018 untuk digunakan di Facebook, Twitter dan Instagram sepanjang
tempoh kempen.
SIAPA
YANG BOLEH IKUT SERTA?
Semua orang – lebih ramai, lebih meriah!
PELANCARAN
KEMPEN LET’S READ THE QURAN
Tarikh
|
:
|
20 Februari 2018
|
Masa
|
:
|
9:30 pagi hingga 12:00 tengahari
|
Tempat
|
:
|
zubedy (m) sdn bhd, 5-7, Level 5, Oval Tower Damansara, Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur
|
No comments:
Post a Comment