Salam Tahun Baru Cina
Jadikan Malaysia Negara Cemerlang
Bertindak dengan TEKS dan SEMANGAT*
Iklan kami yang lalu mencadangkan; langkah untuk mencapai
kebahagiaan adalah dengan menjadikan matlamat kita selari dengan matlamat
syarikat, negara, majikan dan keluarga. Untuk membawa langkah ini ke tahap yang
lebih tinggi, kita haruslah mempelajari untuk mengambil tindakan melalui teks
dan semangat.
1. Apakah teks dan semangat?
Teks adalah aspek teknikal tindakan kita. Ia adalah sesuatu
tugas atau kerja yang diberi – seperti menyediakan laporan, menjawab panggilan
telefon, mendidik dan juga menyuap anak makan. Di pejabat, biasanya teks
terkandung dalam skop pekerjaan atau Piawaian Prosedur Operasi. Semangat adalah jiwa sesuatu tugasan tersebut
– pencetus yang menghidupkan dan menambah daya tarikan kepada tindakan kita
seperti menyediakan laporan yang menarik untuk dibaca, menjawab panggilan
dengan ceria, mendidik dengan hati yang ikhlas, dan menyuap anak makan dengan
penuh kasih sayang.
2. Mana yang lagi penting, teks atau semangat?
Kedua-duanya adalah penting! Apabila kita bertindak dengan
teks, kita hanya menggunakan minda. Suntikan semangat dapat membuka hati.
Dengan teks, kita hanya akan memberi tahap minima. Bila semangat turut serta,
kita beri yang terbaik. Bila teks dan semangat bersatu, ia akan merealisasikan
potensi, membawa keberkesanan, dan meningkatkan produktiviti. Teks boleh
menyelesaikan kerja, tetapi dengan adanya semangat kita akan seronok bekerja. Bila manusia bekerja bersama menggunakan
hanya teks, mereka bergerak seolah-olah sebuah mesin. Tetapi apabila teks dan
semangat disatukan, mereka boleh menghasilkan satu perpaduan yang boleh
menggerakkan gunung.
3. Kenapa kita perlu memberi lebih perhatian kepada
semangat?
Ini kerana, adalah amat sukar untuk mengkodifikasikan
semangat. Sebagai contoh, senarai tugasan kerja yang diberikan kepada kita
hanyalah satu dokumen yang tak bernyawa. Dengan suntikan semangat, kita
menghidupkan senarai tugasan tersebut, memberi makna kepada kerja, dan menjadi
produktif. Begitu juga dengan sijil
perkahwinan, kontrak-kontrak perniagaan, Perlembagaan Persekutuan, lirik
Negaraku dan juga cita-cita Rukun Negara. Semuanya menunggu suntikan semangat
kita untuk menjadikan setiap satu penuh makna.
Di zubedy, sumber kekuatan program latihan kami ialah
nilai-nilai murni dan tradisi yang dikongsi bersama. Kami percaya dalam hati
rakyat Malaysia, kita mahukan yang terbaik untuk setiap anak-anak Malaysia
kerana negara kita tidak akan berjaya jika ada yang tertinggal.
Marilah kita bertindak dengan TEKS dan SEMANGAT, dan
menjadikan Malaysia negara CEMERLANG.
Usahakan yang terbaik,
Hayatilah Tahun Baru Cina.
*Idea dalam mesej ini adalah sebahagian daripada konsep
teras program “Making A Difference through P3“ (Laksana Perubahan melalui P3)
kami.
Benny Loh Kee Seng (1947-2107) adalah seorang sahabat,
mentor, dan juga seorang Pengurus Jualan Nasional dalam satu syarikat
multinasional. Beliau adalah seorang contoh pemimpin yang memimpin dengan teks
dan semangat. Dibawah kepimpinan beliau, pasukan beliau telah berkerja keras,
dan ceria serta tidak pernah gagal untuk melangsaikan tugasan mereka melebihi
sasaran yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment