Di antara kemahiran hidup yang harus kita ada untuk menjadi
efektif, efisyen dan berjaya, kemahiran pemetakan mungkin yang terpenting.
Walaubagaimanapun, pemetakan adalah salah satu kemahiran yang amat sukar
diperolehi dan diamal.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan pemetakan?
Pemetakan adalah kebolehan membuat keputusan dalaman yang
matang dimana kita sedar apa yang harus kita bawa atau kita tinggalkan bukan
hanya di atas tangan tetapi juga di minda dan hati kita. Ia adalah kebolehan
untuk memberi fokus secara mendalam kepada sesuatu pekerjaan, walaupun ia
adalah susah. Kita tidak harus membenarkan kitaran kebimbangan mencuri tumpuan
kita. Kita hanya memberi tumpuan pada masa kini. Masa berkerja, kita berkerja.
Masa membaca, kita membaca. Masa bergembira, kita ceria. Masa untuk keluarga,
kita tumpu kepada keluarga dan apabila tiba masanya untuk bersenam, kita
bersenam. Kita tidak membenarkan mana-mana petak mengambil tempat petak yang
lain. Jadi kita dapat bertindak dan boleh mencapai setiap matlamat.
2. Mengapakah pemetakan amat penting?
Pemetakan adalah satu cara untuk mencapai keseimbangan kerja
dan hal rumah tangga. Kita bertambah sedar terhadap kepentingan kerja dan hal
rumah tangga tanpa memberi peluang mana-mana satu mengambil tempat antaranya.
Pemetakan menolong kita mencapai kerjaya dengan mengenetepikan gangguan emosi
dan fikiran kita. Oleh itu, walaupun kita tidak serasi dengan majikan kita,
kita masih boleh membuat kerja yang baik. Bonus jatuh dalam satu petak,
prestasi terbaik kita berada dalam petak yang lain. Mertua yang cerewet adalah
dalam satu petak, dan perangai kita yang baik petak yang lain. Kepentingan
politik satu petak, jadi rakyat yang berhemah dalam petak yang lain. Secara
keseluruhannya, pemetakan boleh menghindarkan kita dari terperosok dalam
gangguan jiwa yang sistemik. Apabila kita dilanda satu musibah, kita tidak
terus hilang hala tuju dan kebolehan kita. Kita amalkan pemetakan dan beri
tumpuan pada kekuatan kita yang lain dan cari jalan untuk maju kehadapan.
3. Bagaimanakah cara pemetakan?
Bayangkan kita mempunyai kotak-kotak di dalam hidup
kita dimana kita boleh membuka, memberi
fokus, menutup dan kemudiannya membuka kembali bila diperlukan. Tetapi
berwaspadalah, pemetakan tidak bermaksud mengelak. Ia adalah satu aksi yang
memberi fokus yang terperinci pada satu petak dalam hidup kita yang diberi
tumpuan jitu pada masa kini. Kita mesti pandai merancang dan membahagikan
emosi, pemikiran dan kadar tindakan yang secukupnya pada setiap petak. Tidak
lebih dan tidak kurang! Pada akhirnya, kita menghargai setiap perkembangan yang
kecil. Kita percaya dengan memberi tumpuan pada setiap petak yang kena pada
tempatnya, kita akan sedikit demi sedikit, perlahan-lahan pasti akan mendapat
ganjaran yang besar.
Di zubedy, sumber kekuatan program latihan kami ialah
nilai-nilai murni dan tradisi yang dikongsi bersama. Kami percaya dalam hati
rakyat Malaysia, kita mahukan yang terbaik untuk setiap anak-anak Malaysia
kerana negara kita tidak akan berjaya jika ada yang tertinggal.
Kita haruslah belajar untuk memetak dan jadikan Malaysia
Negara CEMERLANG.
Usahakan yang terbaik,
Selamat Hari Wesak.
*Idea dalam mesej ini adalah sebahagian daripada konsep
teras program “Making A Difference through P3“ (Laksana Perubahan melalui P3)
kami.
No comments:
Post a Comment