Followers

Monday, June 11, 2018

Salam Hari Raya - Selasa di Sinar Harian


Jadikan Malaysia Negara Cemerlang: Ubah… Marilah Menangani Fasa Peralihan!*


Perubahan adalah sesuatu yang tentunya pasti. Namun sesetengah perubahan mempunyai impak yang lebih. Hari ini, negara kita sedang mengharungi perubahan yang mampu mewujudkan satu anjakan yang penting untuk masa depan kita. Kita sebagai rakyat Malaysia mesti tahu cara terbaik untuk mencapai matlamat perubahan terutamanya bagaimana untuk menangani dan menguruskan fasa peralihan.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan fasa peralihan?
Perubahan mempunyai tiga fasa - masa kini, fasa peralihan dan masa depan yang diingini. Kita perlu bersedia untuk melepaskan keselesaan masa kini, untuk mencapai matlamat perubahan. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh mengelak daripada fasa peralihan - tempoh perubahan yang tidak selesa. Sebagai contoh, jika kita memutuskan untuk bersenam selepas tempoh tidak aktif, kita akan melalui fasa peralihan dengan kesakitan otot. Tetapi jika kita beristiqamah dan bersenam secara konsisten, sakit tersebut kian hilang. Dengan itu, matlamat perubahan tercapai.

2. Bagaimana untuk menangani fasa peralihan?
Jangan sesekali melawannya. Semakin dilawan, semakin bertambah susah. Fasa peralihan tidak mempunyai tempoh tamat kerana ia adalah satu ilusi. Ia hanya wujud dalam minda kita, sebagai beban mental – satu sempadan palsu. Sebaik sahaja kita menerima fasa peralihan dengan hati yang terbuka, kesakitan yang dirasa akan hilang. Di pejabat, anda mungkin perlu berurusan dengan bos baru. Di rumah, ahli keluarga baru. Sebagai seorang anak muda Malaysia, berubah dari seorang pelajar kepada menjadi orang dewasa yang bekerja. Sebagai sebuah negara, bergerak politik yang berasaskan kaum dan agama kepada politik yang lebih inklusif dan muhibbah. Semakin cepat kita menerima fasa peralihan, semakin pantas kita melonjak ke hadapan.

3. Bilakah kita harus menangani fasa peralihan?
Hakikat bahawa perubahan itu pasti kini adalah sesuatu klise. Oleh kerana perubahan adalah berterusan, kita akan sentiasa berada dalam fasa peralihan. Untuk berjaya, kita perlu mencari keseimbangan dan keselesaan dalam fasa peralihan setiap masa. Sebagai contoh, matlamat perpaduan akan sentiasa berterusan. Pencapaian ekonomi tiada titik akhirnya. Cara mana kita mempersiapkan generasi akan datang juga akan mengharungi cubaan yang berterusan. Kita mesti bersedia untuk berubah berkali-kali supaya kita tidak sama sekali mundur dan menjadi tidak relevan. Oleh itu, keupayaan dan kesediaan kita untuk menangani fasa peralihan harus dijadikan kemahiran yang kita mesti ada.
Di zubedy, sumber kekuatan program latihan kami ialah nilai-nilai murni dan tradisi yang dikongsi bersama. Kami percaya dalam hati rakyat Malaysia, kita mahukan yang terbaik untuk setiap anak-anak Malaysia kerana negara kita tidak akan berjaya jika ada yang tertinggal.

Kita haruslah belajar untuk berubah dan menangani fasa peralihan untuk menjadikan Malaysia Negara CEMERLANG.

Usahakan yang terbaik,
Hayatilah Hari Raya.

*Idea dalam mesej ini adalah sebahagian daripada konsep teras program “Making A Difference through P3“ (Laksana Perubahan melalui P3) kami.



No comments: