Followers

Wednesday, March 18, 2020

SALAH FAHAM MENGENAI PANDANGAN ISLAM DAN MASALAH COVID19.

MESEJ PENTING

Salam,

Ustaz2 dan penceramah2 beginilah akan menyebabkan ramai yg Islam dan bukan beragama Islam susah, sakit dan mungkin sampai hilang nyawa terutamanya warga emas dan mereka yang kurang sihat.

Pandangan mereka bercanggah dengan apa yang Allah telah wahyukan di Quran 13:11,

"SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENGUBAH APA YANG ADA PADA SATU KAUM SEHINGGA MEREKA MENGUBAH APA YANG ADA PADA DIRI MEREKA SENDIRI"

Jadi kalau kita tidak serious dan tekun berusaha menangani dan mengubah nasib kita sendiri dari COVID19, maka Allah tidak akan mengubah nasib kita dari menerima malapetaka dari penyakit tersebut.

Saya amat berharap DYMM YDP AGONG serta Duli-Duli YMM Sultan-Sultan dan Raja-Raja kita akan mengarah semua Mufti-Mufti untuk menegaskan bahawa mesej2 mereka ini harus tidak diterima.

Mereka juga mesti diharuskan menarik balik dan meminta maaf kepada rakyat atas kesilapan mereka.

Salam,

Anas Zubedy

No comments: