Followers

Sunday, July 3, 2011

Memahami konteks 9 Julai by Chandra Muzaffar - The Malaysian Insider

3 JULAI — Sangat menyedihkan setelah hampir 54 tahun merdeka, masih terdapat keresahan di kalangan pihak berkuasa berkenaan hak asasi yang merupakan faktor penting dalam fungsi demokrasi.

Mereka terlupa bahawa “hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata” adalah kebebasan yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Malaysia. Ia adalah kebebasan yang seharusnya tidak mengancam kesejahteraan masyarakat.

Walau bagaimanapun, seperti mana semua hak dan kebebasan, ungkapan sebenar serta maksud kebebasan berhimpun perlulah mengambil kira konteks dan tujuan di sebaliknya. Dengan mengambil kira tujuan dan maksud inilah, ia menjadi sangat kritikal didalam perhimpunan ‘Perhimpunan 9 Julai’. Terdapat pelbagai dimensi dan pemahaman yang perlu diambil iktibar oleh pihak penganjur dan penyokong perhimpunan Bersih, termasuklah pihak yang menentang iaitu Perkasa dan Pemuda Umno.

Isu-isu

1) Bersih mendakwa bahawa tujuan utama perhimpunan ini adalah untuk menunjukkan kelemahan dan kecacatan dalam sistem pilihan raya kita. Memandangkan pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), usaha itu sepatutnya diteruskan. Pengerusi SPR sedia untuk berdialog. Beliau kini seharusnya secara terbuka menjemput Bersih untuk meneruskan perbincangan tanpa mengambil kira perancangan untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai. Bersih pula perlulah memberi tindak balas secara positif terhadap SPR. Dalam konteks demokrasi yang matang seharusnya peluang untuk berdialog bagi menyelesaikan isu-isu perlulah diambil.

2) Antara lainnya, Bersih menumpukan kepada isu seperti ‘pendaftaran pengundi secara automatik’ (saya menyokong isu ini) yang mana ia adalah di luar bidang kuasa SPR. Perkara ini memerlukan kelulusan perundangan. Jika Bersih tidak boleh meyakinkan Barisan Nasional (BN) untuk memperkenalkan undang-undang pilihan raya baru, adakah mereka telah berjaya mendapat sokongan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) untuk membentangkan Rang Undang-Undang “Ahli Persendirian” melalui reformasi ke atas pilihan raya yang dituntutnya kini? Berapa kalikah Rang Undang-Undang tersebut dibentangkan sejak Mac 2008? Adakah cubaan untuk membentangkan Rang Undang-Undang itu digagalkan oleh Speaker Dewan Rakyat? Memandangkan Bersih terdiri daripada parti-parti pembangkang yang diwakili di Parlimen, ia sepatutnya menyatakan/menerangkan kepada orang awam/ramai secara terperinci tentang bagaimana ia telah memohon kepada Parlimen sejak tiga tahun lepas agar pembaharuan pilihan raya dibuat.

Read more on this article

No comments: