Jadikan
Malaysia Negara CEMERLANG:
Berwaspada
dengan Sempadan Palsu!*
Dalam mesej sebelum ini, kami tekankan tentang
kepentingan untuk bertindak dan turut dikongsikan satu sistem kepercayaan yang membantu
jadikan impian satu kenyataan. Pada kali ini, kami ingin jelaskan kepada anda
kenapa ramai orang gagal melaksanakan tugas dengan jaya dan mencapai potensi
diri sebenar. Apa dan siapa musuh kepada tindakan?
1.
Apa
itu Sempadan Palsu?
Sempadan
Palsu ialah satu tindak balas automatik yang bermula di minda. Ia berikan kita
alasan yang seolah-olahnya wajar untuk TIDAK
BERTINDAK. Contohnya, ketika anda berniat untuk berjoging, minda anda
mungkin mengatakan bahawa hujan bakal turun. Minda berupaya secara automatik
mencipta sempadan palsu yang tidak terhingga tanpa mengenal siapa dan di mana
kita berada - umur, jantina, asal-usul, latar belakang pendidikan, etnik,
hubungan keagamaan, status sosioekonomi, kecenderungan politik, polisi
kerajaan, budaya, tradisi dan sejarah. Apa saja dan semua yang minda kita boleh
fikirkan sebagai alasan untuk tidak bertindak - secara automatik!
2.
Kenapa
Sempadan Palsu berbahaya?
Ia
merupakan tetapan spontan - dalam
sekelip mata, ia menyerang. Ramai yang tidak sedar akan mekanisme yang
mempengaruhi kehidupan seharian dan tabiat kita ini. Akhirnya kita jadi semakin
tua tanpa berbuat apa-apa, tiada pencapaian. Apabila umur semakin lanjut, kita
rasa tidak senang jiwa - ada sesuatu yang tidak kena tetapi tidak dapat tentukan
apa, di mana, kenapa dan bagaimana. Jauh di benak hati, kita tahu bahawa kita
telah bazirkan umur kita. Mereka yang kurang kesedaran menyesal pada hari tua -
marah terhadap dunia. Sempadan Palsu menyerang mereka berulang kali dalam
kemelut tiadanya tindakan.
3.
Bagaimana
menghindari Sempadan Palsu?
Kesedaran.
Pertama sekali, kena berwaspada dan peka akan kehadiran Sempadan Palsu dalam
kehidupan seharian. Sentiasa sedar apabila ia hadir lantas atasinya dengan
mengambil tindakan. Lebih baik lagi, berjaga-jaga dan halang sebelum ia
menyerang kita dengan belajar membezakan antara sempadan sebenar dengan yang palsu.
Bagaimana untuk menghalang Sempadan Palsu sebelum ia menyerang? Itu ialah topik
yang akan dibincangkan dalam mesej kami untuk Hari Wesak nanti.
Di zubedy, sumber kekuatan program latihan
kami ialah nilai-nilai murni dan tradisi yang dikongsi bersama. Kami percaya
dalam hati rakyat Malaysia, kita mahukan yang terbaik untuk setiap anak-anak
Malaysia kerana negara kita tidak akan berjaya jika ada yang tertinggal.
Berwaspada dan jauhi Sempadan Palsu dan jadikan
Malaysia Negara CEMERLANG.
Usahakan yang terbaik,
Salam Vaisakhi.
No comments:
Post a Comment