Followers

Friday, June 29, 2018

AURAT LWN TAQWA

Apakah pakaian terbaik di sisi Allah dan Al Quran?

Di dalam perbincangan yang berterusan berkenaan etika pemakaian, kita mungkin telah memberi perhatian kepada sesuatu yang remeh.

Al-Quran telah meletakkan panduan yang jelas tentang apakah pakaian yang terbaik. Semakin Orang Islam mengikut Al-Quran, semakin kita dipandu olehnya. Ia menjadi petunjuk dan hidayah kita.

Jika sebaliknya, kita dengan mudah tersesat jauh daripada Allah. Kita perlu jelas akan apa yang perlu lebih diberi perhatian mengikut hidayah Al-Quran, dan seterusnya bertindak dengan sewajarnya. Ikut Al Quran dahulu.

Al-Quran melalui ayat dibawah, dengan jelas menyatakan bahawa pakaian terbaik adalah pakaian Taqwa. 

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat."

Al Quran 7:26

Memberi perhatian terhadap Taqwa adalah suatu petanda daripada Allah yg mesti di ambil penting. Kalau kita memberi perhatian terhadap lain-lain perkara dan bukan sifat takwa bererti kita lupa dengan Quran. Lupa pada Allah. 

Di dalam ayat lain, Al-Quran juga menyamakan kemuliaan kepada ketaqwaan. Ayat ini memanggil seluruh umat manusia untuk menghakimi maruah, kesopanan, kesantunan serta budi pekerti seseorang dengan ketaqwaan mereka.

Pada pandangan Allah, orang yang terpuji adalah mereka yang paling bertakwa. Di sini di dalam Al-Quran menekankan bahawa Allah maha mengetahui dan Allah yang paling boleh meneliti .

Kegagalan untuk mematuhi Allah dan Al Quran boleh menempatkan kita dalam golongan orang-orang yang jahil.

 “Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti.”

 Al-Quran 49:13

Secara semantiknya, Al-Quran telah menyenaraikan ciri-ciri ketaqwaan di dalam ayat di bawah.

“Kebajikan itu bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan ke barat, tetapi kebajikan itu ialah (kebajikan) orang yang beriman kepada Allah, hari akhir, malaikat-malaikat, kitab-kitab, dan nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, orang-orang yang dalam perjalanan (musafir), peminta-minta, dan untuk memerdekakan hamba sahaya, yang melaksanakan shalat dan menunaikan zakat, orang-orang yang menepati janji apabila berjanji, dan orang yang sabar dalam kemelaratan, penderitaan dan pada masa peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar, dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.” 

Al-Quran 2:177

Pakaian apakah yang kita sering perhati? Pakaian luaran ataupun pakaian Taqwa? Kenapa kita ghairah dengan AURAT sedangkan Al-Quran menyuruh kita perhatikan pakaian TAKWA?

Salam.

ANAS ZUBEDY

No comments: