ADAKAH BAIK JIKA KITA TAMBAH ‘INTEGRITI’ SEBAGAI CITA-CITA
YANG KE 6 DALAM RUKUN NEGARA?
Tema kempen #SaySomethingNice tahun ini adalah “Cita-Cita
Rukun Negara sebagai Kompas kita’.
Pada hari pelancaran tersebut, saya berhasrat untuk mencadangkan
untuk kita tambah INTEGRITI sebagai cita-cita yang ke 6 dalam Rukun Negara
kita.
Jadi, cita-cita kita adalah PERPADUAN, DEMOKRASI, ADIL &
SAKSAMA, LIBERAL, PROGRESIF dan INTEGRITY sebagai yang ke 6.
APA PENDAPAT ANDA? ADAKAH TEPAT PADA MASANYA JIKA KITA
MASUKKAN INTEGRITI?
Dalam secara sepenuhnya, cita-cita tersebut adalah –
Bahawasanya
Negara kita, Malaysia mendukung cita-cita hendak:
- mencapai perpaduan yang lebih erat di
kalangan seluruh masyarakatnya;
- memelihara satu cara hidup demokratik;
- mencipta satu masyarakat adil di mana
kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
- menjamin satu cara liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
- membina satu masyarakat progresif yang
akan menggunakan sains dan teknologi moden.
- MEMUPUK JATIDIRI
NASIONAL YANG BERPAKSIKAN INTEGRITI DALAM PEMIKIRAN, PERTUTURAN, DAN
PERILAKU.
Sila beri maklumbalas dan idea-idea anda. Terima Kasih.
Salam Moderat,
Anas
Nota : Jika ingin Bersama kami semasa pelancaran pada Ogos 6 ini, harap
balas dengan cepat kerana tempat terhad.
No comments:
Post a Comment