Salam Hari Malaysia
Jadikan Malaysia Negara CEMERLANG:
Jikalau ingin menjadi gembira,
jadikan Matlamat itu, matlamat anda.*
Anda ingin gembira di tempat kerja? Jadikan matlamat
organisasi anda, matlamat anda. Anda ingin bahagia di rumah? Jadikan matlamat
keluarga anda, matlamat anda. Anda ingin menjadi rakyat Malaysia yang tidak
kecewa? Jadikan cita-cita Rukun Negara, matlamat anda.
1. Kenapa kita perlu menjadikan Matlamat itu, matlamat kita?
Adakah anda selalu berasa tidak gembira dan tidak berpuas
hati walaupun setelah menghabiskan kerja dengan baik, dan berkerja lebih masa?
Jika ya, anda adalah antara satu dalam jutaan yang belum lagi memahami cara
untuk menjadikan matlamat organisasi dan bos anda, matlamat anda. Di rumah,
jika kita gagal untuk menjadikan matlamat keluarga kita sebagai, matlamat kita,
tugasan yang senang pun akan nampak payah. Sebagai rakyat Malaysia, kegagalan
untuk menerima dan menghayati cita-cita Rukun Negara boleh membuat ramai di
kalangan kita tidak berpuas hati atau baran hanya kerana mereka bimbang dengan
satu atau dua idea yang terdapat di dalam prinsip tersebut.
2. Bagaimana untuk menjadikan Matlamat itu, matlamat anda?
Pertama sekali, anda harus cuba untuk memahami gambaran
besar dan faham bagaimana ia boleh disesuaikan dengan sudut pandang dunia anda.
Kedua, cari jalan untuk menyelarikan matlamat tersebut dengan matlamat anda.
Ketiga, cari jalan untuk berkompromi sekiranya ia bercanggah dengan prinsip
anda. Keempat, selalu memilih maksud dan penjelasan terbaik – melihat kepada
yang positif dan elakkan menjadi seseorang yang suka bercanggah. Kelima,
belajar menghormati orang lain dan memahami bahawa anda mungkin tidak arif
gambaran besar tersebut serta mungkin anda tiada akses mengenai maklumat
dalaman. Akhir sekali, periksa jika matlamat tersebut melanggar perkara 3
dibawah.
3. Bila anda boleh memilih untuk TIDAK menjadikan Matlamat
tersebut, matlamat anda?
Apabila matlamat tersebut tidak beretika, apabila ia salah
disisi undang-undang, apabila matlamat tersebut boleh membahayakan anda atau
orang lain, apabila ia bercanggah dengan nilai utama anda. Hanya apabila
matlamat tersebut tidak memenuhi kriteria-kriteria ini, maka adalah wajar untuk
menjadikan matlamat tersebut, matlamat anda, menjadi produktif, memastikan semua
kerja menjadi kenyataan dan anda sentiasa gembira .
Di zubedy, sumber kekuatan program latihan kami ialah
nilai-nilai murni dan tradisi yang dikongsi bersama. Kami percaya dalam hati
rakyat Malaysia, kita mahukan yang terbaik untuk setiap anak-anak Malaysia
kerana negara kita tidak akan berjaya jika ada yang tertinggal.
Anda dan saya, haruslah menjadikan cita-cita Rukun Negara,
sebagai matlamat kita dan menjadikan Malaysia CEMERLANG.
Usahakan yang terbaik,
Hayatilah Hari Malaysia!
*Idea dalam mesej ini adalah sebahagian daripada konsep
teras program “Making A Difference through P3“ (Laksana Perubahan melalui P3)
kami.
No comments:
Post a Comment