Followers

Friday, February 2, 2018

Kempen 'Let’s Read The Quran' 2018

Kempen Let’s Read The Quran 2018
Dari 1 Mac hingga 31 Mac 2018

LATAR BELAKANG

Kempen Let’s Read The Quran ini telah dimulakan pada 2009 oleh sekumpulan kawan. Kami telah menerima tarikan serta penyertaan yang baik semasa kempen tersebut dimana lebih daripada 50 orang ‘blogger’ telah membawa logo serta artikel kami. Pada tahun 2016, kempen ini telah dibawa ke tahap yang lebih tinggi dengan penyertaan oleh media dan kumpulan penyokong yang lebih besar.

Kempen ini adalah bertujuan untuk menggalakkan orang ramai untuk membaca Al-Quran dalam bahasa yang mudah mereka fahami. Kempen ini terbuka kepada semua Islam dan Bukan Islam. Kami mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai kempen ini.

Pada tahun ini, kempen Let’s Read The Quran ini akan dipaparkan dari sudut pandangan yang berbeza. Kami percaya bahawa dengan mendapatkan penyumbang kami untuk berkongsi kisah mereka tentang bagaimana Al-Quran berkaitan dengan mereka, akan dapat membantu memberi inspirasi kepada orang lain, baik yang Islam dan bukan Islam, untuk berhubung dengan Al-Quran.

Visi kami adalah untuk menjadikan kempen ini satu usaha biennial (setiap dua tahun), seterusnya menjadi satu kempen yang diiktiraf sebagai satu kempen yang menransang Muslim dan juga orang lain untuk membaca dan memahami Al-Quran. Kami berharap Malaysia akan menjadi pemimpin dalam menggalakkan dunia untuk membaca, memahami serta menghargai Al-Quran dari akar umbi.

VISI

Untuk menjadikan Al-Quran dibaca dan difahami.



                                                         MISI / KENAPA?
1.    Untuk mendemokrasikan Al-Quran.
2.    Untuk menjadikan setiap Orang Islam sebagai seorang pelajar Al-Quran.
3.    Untuk menggalakkan Orang Bukan Islam untuk melihat Al-Quran sebagai satu dokumen universal.
4.    Untuk mendekatkan nilai-nilai daripada Al-Quran kedalam kehidupan seharian Muslim.
5.   Untuk menggalakkan orang ramai untuk membaca Al-Quran setiap hari, walaupun hanya satu ayat sehari.
6.  Untuk menjemput Orang Bukan Islam untuk sama-sama menyertai Orang Islam untuk membincangkan perihal Al-Quran.

BILAKAH KEMPEN INI AKAN BERMULA DAN BERAKHIR?

 1 Mac 2018 – 31 Mac 2018.

BAGAIMANA?
Berikut merupakan aktiviti utama sepanjang kempen ini:

1.    Melalui laman media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, blogs dan lain-lain.
2.    31 ‘featured stories’ daripada 31 tokoh terkemuka seperti ahli politik, aktivis sosial, selebriti, atlet, pemimpin agama dan perniagaan termasuk bukan Islam.
3.    Memuatnaik video interview bagi kesemua 31 penyumbang tersebut ke laman media sosial.
4.    Perkongsian artikel-artikel melalui laman media sosial.
5.    Perkongsian harian akan ayat-ayat Al-Quran di laman media sosial oleh individu-individu terkemuka dan ‘social media influencers’.
6.    Mengadakan diskusi berkumpulan bagi membincangkan ayat-ayat Al-Quran mudah Bersama dengan rakan-rakan dan kenalan.

Berikut merupakan aktiviti sokongan sepanjang kempen ini:

1.    Perkongsian harian akan ayat-ayat Al-Quran di laman media sosial.
2.    Memuatnaik gambar dengan ayat-ayat Al-Quran dan maksudnya ke Instagram.
3.  Sedekah ayat Al-Quran yang telah diterjemah melalui Whatsapp dan laman media sosial.
4. Menggalakkan orang ramai untuk berkongsi akan ayat-ayat Al-Quran kegemaran mereka.
5.    Berkongsi Indeks Al-Quran dengan rakan dan keluarga.
6.    Menggalakkan penyertaan dari individu dan kumpulan di peringkat antarabangsa.
7.  Menulis, menyiarkan dan berkongsi artikel-artikel pendek berkaitan dengan Al-Quran; baik artikel asal tulisan anda atau artikel yang telah anda baca.
8.   Bertanya soalan mengenai mesej al-Quran, renungkan, cerminkan dan cadangkan fikiran dan perasaan anda terhadap mesej-mesej tersebut.

     
SKOP KEMPEN
1.    Kempen inisiatif anak Malaysia.
2.    Berdasarkan media sosial dengan orang ramai yang menggalakkan, berkongsi pendapat mereka mengenai Al-Quran dan bagaimana Al-Quran boleh diterapkan dalam kehidupan seharian mereka.
3.    Menyasarkan semua peringkat hingga ke orang awam.
4.    Hashtag # LRTQ2018 untuk digunakan di Facebook, Twitter dan Instagram sepanjang tempoh kempen.

SIAPA YANG BOLEH IKUT SERTA?

Semua orang – lebih ramai, lebih meriah!

PELANCARAN KEMPEN LET’S READ THE QURAN

Tarikh
:
20 Februari 2018 
Masa
:
9:30 pagi hingga 12:00 tengahari
Tempat
:
zubedy (m) sdn bhd, 5-7, Level 5, Oval Tower Damansara, Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur




No comments: