Followers

Tuesday, February 13, 2018

Salam Tahun Baru Cina - Rabu di Sinar Harian



Salam Tahun Baru Cina

Jadikan Malaysia Negara Cemerlang
Bertindak dengan TEKS dan SEMANGAT*

Iklan kami yang lalu mencadangkan; langkah untuk mencapai kebahagiaan adalah dengan menjadikan matlamat kita selari dengan matlamat syarikat, negara, majikan dan keluarga. Untuk membawa langkah ini ke tahap yang lebih tinggi, kita haruslah mempelajari untuk mengambil tindakan melalui teks dan semangat.

1. Apakah teks dan semangat?

Teks adalah aspek teknikal tindakan kita. Ia adalah sesuatu tugas atau kerja yang diberi – seperti menyediakan laporan, menjawab panggilan telefon, mendidik dan juga menyuap anak makan. Di pejabat, biasanya teks terkandung dalam skop pekerjaan atau Piawaian Prosedur Operasi.  Semangat adalah jiwa sesuatu tugasan tersebut – pencetus yang menghidupkan dan menambah daya tarikan kepada tindakan kita seperti menyediakan laporan yang menarik untuk dibaca, menjawab panggilan dengan ceria, mendidik dengan hati yang ikhlas, dan menyuap anak makan dengan penuh kasih sayang.

2. Mana yang lagi penting, teks atau semangat?

Kedua-duanya adalah penting! Apabila kita bertindak dengan teks, kita hanya menggunakan minda. Suntikan semangat dapat membuka hati. Dengan teks, kita hanya akan memberi tahap minima. Bila semangat turut serta, kita beri yang terbaik. Bila teks dan semangat bersatu, ia akan merealisasikan potensi, membawa keberkesanan, dan meningkatkan produktiviti. Teks boleh menyelesaikan kerja, tetapi dengan adanya semangat kita  akan seronok bekerja.  Bila manusia bekerja bersama menggunakan hanya teks, mereka bergerak seolah-olah sebuah mesin. Tetapi apabila teks dan semangat disatukan, mereka boleh menghasilkan satu perpaduan yang boleh menggerakkan gunung.

3. Kenapa kita perlu memberi lebih perhatian kepada semangat?

Ini kerana, adalah amat sukar untuk mengkodifikasikan semangat. Sebagai contoh, senarai tugasan kerja yang diberikan kepada kita hanyalah satu dokumen yang tak bernyawa. Dengan suntikan semangat, kita menghidupkan senarai tugasan tersebut, memberi makna kepada kerja, dan menjadi produktif.  Begitu juga dengan sijil perkahwinan, kontrak-kontrak perniagaan, Perlembagaan Persekutuan, lirik Negaraku dan juga cita-cita Rukun Negara. Semuanya menunggu suntikan semangat kita untuk menjadikan setiap satu penuh makna.


Di zubedy, sumber kekuatan program latihan kami ialah nilai-nilai murni dan tradisi yang dikongsi bersama. Kami percaya dalam hati rakyat Malaysia, kita mahukan yang terbaik untuk setiap anak-anak Malaysia kerana negara kita tidak akan berjaya jika ada yang tertinggal.

Marilah kita bertindak dengan TEKS dan SEMANGAT, dan menjadikan Malaysia negara CEMERLANG.


Usahakan yang terbaik,
Hayatilah Tahun Baru Cina.

*Idea dalam mesej ini adalah sebahagian daripada konsep teras program “Making A Difference through P3“ (Laksana Perubahan melalui P3) kami.


Benny Loh Kee Seng (1947-2107) adalah seorang sahabat, mentor, dan juga seorang Pengurus Jualan Nasional dalam satu syarikat multinasional. Beliau adalah seorang contoh pemimpin yang memimpin dengan teks dan semangat. Dibawah kepimpinan beliau, pasukan beliau telah berkerja keras, dan ceria serta tidak pernah gagal untuk melangsaikan tugasan mereka melebihi sasaran yang ditetapkan.­


No comments: