Followers

Monday, November 28, 2022

INGAT JANJI - #RasuahBusters

 


*KENYATAAN MEDIA* *oleh #RASUAHBUSTERS*

*Khamis, 24 November 2022*
*INGAT JANJI KALIAN!*
*#RASUAHBUSTERS GESA LANTIKAN MENTERI PENUHI KRITERIA*
*#RasuahBusters* merakamkan *TAHNIAH* atas penubuhan kerajaan baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperoleh mandat untuk mentadbir negara bagi tempoh lima tahun akan datang.
Ini adalah masa penting untuk manifesto yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dilaksanakan.
Untuk itu, hanya barisan pasukan menteri-menteri yang teguh dan berwibawa berhak dilantik di kedudukan berkenaan.
Demi rakyat, dan jika anda benar-benar ikhlas, *#RasuahBusters* menggesa untuk kriteria berikut dipenuhi dalam lantikan menteri-menteri kabinet Malaysia:
*1.Berkemampuan*
Menteri yang dipilih harus mempunyai keupayaan, kemahiran dan pengetahuan tentang kementerian yang akan diterajui.
*2. Pencapaian*
Menteri yang dipilih mempunyai sejarah dan rekod pencapaian yang baik dalam bidang berkaitan dan mempunyai kelayakan yang sesuai dengan peranan kementerian.
*3.Mengutamakan agenda rakyat*
Menjadikan isu rakyat antaranya ekonomi, peluang pekerjaan, kesihatan, pendidikan dan sara hidup sebagai keutamaan dalam pentadbiran.
*4. Berintegriti dan jujur*
Lantikan adalah dengan syarat bahawa menteri-menteri akan memastikan ketelusan pentadbiran dan menghapuskan ketirisan.
*5. Isytihar harta*
Menteri-menteri harus mengisytiharkan aset mereka dan ahli keluarga sebagai langkah mencegah konflik kepentingan, pemilikan tidak wajar dan meningkatkan integriti.
Sekiranya tiada dalam kalangan ahli dewan yang memenuhi kriteria tersebut, maka *#RasuahBusters* mengesa agar Perdana Menteri bersedia melantik daripada kalangan pakar dan profesional yang tidak terdiri daripada wakil rakyat yang dipilih bagi menunaikan tanggungjawab berkenaan.
Membawa gerakan #NilaiMoralKarakterBangsa daripada rakyat kepada rakyat, *#RasuahBusters* bersama rakan-rakan gabungannya akan terus berperanan memastikan rekod prestasi pentadbiran negara ini dipantau dalam tempoh 30 hari, 60 hari, 100 hari dan seterusnya agar Malaysia benar-benar kembali pulih dan integriti menjadi asas kepada kestabilan sebuah #MalaysiaTanpaRasuah.
Oleh:
Datuk Hussamuddin Yaacub
Ketua Pasukan #RasuahBusters
bersama Pasukan Teras dan 524 rakan gabungan *#RasuahBusters*

No comments: