Followers

Thursday, May 13, 2021

SALAM AIDILFITRI : Rasuah LAWAN Sirat-al-Mustaqim

SALAM AIDILFITRI : Rasuah LAWAN Sirat-al-Mustaqim

Izinkan saya berkongsi mesej #RasuahBusters sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Amalan rasuah dilarang dalam Al-Quran dengan kerana ia menghalang daripada pelaksanaan keadilan. Dalam Islam, berkelakuan adil adalah sifat paling dekat dengan orang soleh, atau memiliki Taqwa.
Taqwa adalah istilah dalam ajaran Islam yang membawa maksud satu kesedaran mendalam akan kewujudan Allah dan KebenaranNya. Tanpa Taqwa, Allah tidak terpahat di dalam hati dan fikiran kita.
Maka, Rasuah menjauhkan kita dari Sirat-al-Mustaqim.
Sirat-al-Mustaqim merujuk kepada jalan Islam yang menuju ke arah jalan kejayaan di dunia mahupun akhirat. Ia adalah jalan yang lurus, iaitu jalan yang direstui Allah. Mereka yang memberi dan mengambil rasuah memilih jalan yang sesat dan dimurkai Allah.
Sebagai orang Islam, kita berdoa setiap hari kepada Allah, "Ihdinā ṣ-ṣirāṭa al-mustaqīm" – “Tunjukkanlah kami jalan yang lurus”. Amalan memberi dan menerima rasuah membuat kita tergelincir daripada Sirat-al-Mustaqim dan menjadikan doa kita tidak telus, tidak serius dan kepuraan.
Bersempena Aidilfitri ini, marilah kita berusaha untuk terus mengambil jalan yang lurus, jalan berpandukan Sirat-al-Mustaqim supaya tidak terjerumus dalam amalan rasuah. Dengan Taqwa teguh di dalam hati kita, kita pasti berjaya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, MAAF ZAHIR & BATIN dari kami semua di zubedy.
anas zubedy,
may 13, 2021
Note: Gambar ini adalah pertemuan Aidilfitri keluarga anas pada tahun 2018. InshaAllah, pada tahun 2022 kelak dapat bertemu beramai-ramai sekali lagi.

No comments: